• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mara Mohon Peruntukan RM1B Dalam Belanjawan 2023

oleh Mohd Arshad
25/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mara Mohon Peruntukan RM1B Dalam Belanjawan 2023
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH: Majlis Amanah Rakyat (Mara) memohon peruntukan sebanyak RM1 bilion dalam Belanjawan 2023 yang antara lain untuk membantu mengetengahkan usahawan bumiputera di negara ini ke peringkat antarabangsa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Mara, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, bantuan kepada usahawan bumiputera pelbagai bidang itu termasuklah menerusi pembiayaan latihan dan pendigitalan serta menambah baik cara berniaga usahawan terlibat.

“Saya berharap dalam belanjawan akan datang ini, Kementerian Kewangan boleh meluluskan lebih banyak lagi (peruntukan) bagi kami membangunkan usahawan-usahawan ini yang sememangnya menjadi tanggungjawab Mara.

“Kami juga memohon untuk menambah DanaNITA (Skim Pembiayaan Perniagaan khas Wanita) yang mendapat sambutan begitu menggalakkan. Kami mempunyai seramai 30,000 orang usahawan wanita yang mana kami mahu pastikan mereka bukan sahaja aktif tetapi boleh diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Kedai Emas Nur Jannah Sdn. Bhd. di pekan Kuala Pilah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azizah berkata, setakat bulan Julai lalu, seramai 11 orang usahawan di Negeri Sembilan telah menyumbang sebanyak RM99,000 kepada program pembangunan pendidikan.

Jelas beliau, ia termasuklah seperti program tuisyen harapan, program celik al-Quran, program Skim Anak Angkat dan bantuan sekali beri (one-off) persekolahan kepada 327 orang pelajar melalui Yayasan Pelajaran Mara.

Pada majlis berkenaan, pemilik Kedai Emas Nur Jannah Sdn. Bhd, Ahmad Faruz Kurcheri@Huzairi turut menyerahkan cek contoh bernilai RM37,000 kepada Yayasan Pelajaran Mara bagi Program Tuisyen Pintar YPM@KPLB 2022.

UtusanOnline-

Tags: Belanjawan 2023MARAperuntukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

Sejak Bila Kita Kena Beri Kepada Ahli Parlimen? – PMX Anwar

07/08/2026
0

ALOR GAJAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sejak bila peruntukan kerajaan yang disalurkan ke kawasan Parlimen perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd