• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Lupus Barang Rampasan RM2.83 Juta

oleh AK-47
24/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Polis Lupus Barang Rampasan RM2.83 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Bangi : Polis melupuskan barang rampasan bernilai RM2.83 juta membabitkan Op Kontraban, Op Dadu dan Op Elektrik bagi tempoh 2018 hingga Julai lalu di Balai Polis Bandar Bangi, di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berjaya menyelesaikan sebanyak 170 kertas siasatan membabitkan dua operasi berkenaan.

“Pelupusan barang kes ini membabitkan Op Dadu (perjudian) iaitu 2,386 set komputer dan komputer riba bernilai RM477,500, manakala 1,521 mesin bitcoin dengan nilai rampasan sebanyak RM760,500 dalam Op Elektrik (bitcoin).

“Bagi Op Kontraban (rokok serta minuman keras tidak bercukai) pula membabitkan rampasan 12,121 tin minuman keras, 512 botol arak dan 15,556 karton rokok pelbagai jenama dengan nilai rampasan sebanyak RM1.6 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelupusan Barang Kes (Op Kontraban, Op Dadu, Op Elektrik) Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang di Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohamad Nasir Drahman.

Mohd Zaid berkata, barang kes yang dilupuskan itu membabitkan kertas siasatan yang sudah diselesaikan dan mendapat arahan pelupusan daripada Timbalan Pendakwa Raya serta kelulusan Mahkamah Kajang mengikut Seksyen 406 Kanun Prosedur Jenayah.

“Semua barang kes itu dilupuskan dengan cara musnah melalui kaedah pengurusan sisa produk elektrik dan elektronik (e-waste) dan jualan sisa besi serta pepejal.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terjebak dengan kegiatan jenayah membabitkan elemen kontraban, aktiviti perjudian dan kegiatan melombong mesin bitcoin yang juga satu kesalahan mengikut undang-undang,” katanya.

-Harian Metro

Tags: barang rampasanLupuspolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd