• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

oleh AK-47
23/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah membabitkan pemimpin parti itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dakwaan itu hanyalah spekulasi yang dibuat pihak tertentu untuk memburuk-burukkan UMNO.

Menurutnya, semua kes membabitkan pemimpin UMNO termasuklah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih diteruskan di mahkamah ketika ini.

“Nak campur tangan bagaimana? Dia (Najib) dah sampai Mahkamah Persekutuan, kalau nak campur dulu peringkat Mahkamah Tinggi, (tapi) dekat Mahkamah Tinggi pun kita tak campur.

“Orang kata kalau UMNO memerintah akan melepaskan Datuk Seri Najib.

Tidak, Datuk Seri Zahid pun masih menyambung perbicaraan dan Datuk Seri Najib dah sampai peringkat Mahkamah Persekutuan pun masih tak ada UMNO campur tangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Sesi Libat Urus Biro Politik Bahagian-Bahagian UMNO Perak di Bangunan UMNO Perak di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Mohamad turut menafikan bahawa UMNO mempersoalkan kewibawaan badan kehakiman dalam kes Najib.

Menurutnya, UMNO dalam kenyataan rasmi pemimpin utama parti hanya menuntut perbicaraan secara adil supaya orang yang dituduh mendapat ruang seluas-luasnya membela diri.

Kalau ada orang yang menyentuh tentang mahkamah dan kehakiman, ia bersifat peribadi.

UMNO secara rasminya kalau kita buat pun (kenyataan) dilakukan oleh Setiausaha Agung, presiden atau saya.

“Kenyataan saya hari itu, tiada pun menyentuh dan mempersoalkan kewibawaan mahkamah.

Saya katakan rasa kecewa…biasalah semua orang kecewa kerana pada pandangan secara peribadi orang yang dituduh perlu mendapat ruang seluas-luasnya untuk membela diri,” katanya.

Beliau berharap orang ramai dan rakyat tidak terlalu terpengaruh dengan dakyah dan fitnah terhadap UMNO mengenai campur tangan terhadap badan kehakiman.

-Sinar Harian

Tags: campur tangankes mahkamahpmUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

UMNO Junjung Kasih Keberangkatan Agong, Pemangku Sultan Johor Sempena Ulang Tahun Ke-80 Di Istana Besar Johor

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail sempena Sambutan Ulang Tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd