• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Wajar Sah Keabsahan Kertas Siasatan Kes Hakim Mohd. Nazlan – UMNO

oleh Mohd Arshad
18/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SPRM Wajar Sah Keabsahan Kertas Siasatan Kes Hakim Mohd. Nazlan – UMNO
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: UMNO berpandangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mengesah atau menafikan keabsahan kertas siasatan kes membabitkan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang sudah tular sebelum ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, malah Jabatan Peguam Negara perlu mengumumkan sekiranya akan ada tindakan lanjut bagi kertas siasatan tersebut.

“Memandangkan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan bagi kes SRC telah menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memasukkan bukti dokumen bagi memeriksa percanggahan kepentingan, Hakim Datuk Mohd Nazlan dan memandangkan kertas siasatan sudah berada di pihak Jabatan Peguam Negara sejak tiga bulan lalu.

“Jadi UMNO berpandangan SPRM perlu mengesah atau menafikan keabsahan kertas siasatan tersebut yang sudah tular dan Jabatan Peguam Negara perlu mengumumkan sekiranya akan ada tindakan lanjut bagi kertas siasatan tersebut.

“Integriti institusi yang kita hormati perlu dilindungi dan UMNO amat berharap SPRM dan serta Jabatan Peguam Negara akan menjelaskan kepada rakyat mengenai isu ini dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad, SPRM melalui kenyataan rasmi bertarikh 21 Mei lalu mengesahkan bahawa siasatan mengenai kes membabitkan Mohd. Nazlan telah diselesaikan dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut pada 18 Mei.

Katanya, terdapat satu dokumen yang didakwa merupakan kertas siasatan tersebut yang dikatakan terbocor telah menjadi tular pada waktu ini dan mendakwa ada berlakunya kesalahan di bawah Seksyen 220 Kanun Keseksaan.

Hari ini, Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mengendalikan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Terdahulu, sebelum mahkamah berhenti rehat, Hisyam memohon menarik diri daripada mewakili Najib jika penangguhan prosiding tidak dibenarkan.

UtusanOnline-

Tags: Datuk Mohd. Nazlan Mohd. GhazaliSPRMUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd