• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Abduh Dakwa RMK11 Tiada Unsur Ketamadunan

oleh Ahmad Albab
23/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempersoalkan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) seperti yang dibentangkan kerajaan kelmarin kerana didakwa hanya menjurus kepada aspek kekayaan berbanding ketamadunan .

Beliau mendakwa, perancangan lima tahun Malaysia tersebut penuh dengan `warna warni’, tetapi liku-liku ekonomi itu kononnya akan tetap terbeban kepada rakyat.

“Tamadun Islam telah membuktikan bukan sahaja kepada sistem syariah yang hebat bahkan memiliki kekuatan akhlak yang padu hasil daripada tunjang aqidah yang mendalam kepada Allah S.W.T.

“Saya bimbang, kita sibuk mengejar status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, tetapi hakikatnya kita hanya sedang membina sebuah kekayaan bukan sebuah tamadun. Bukankah Allah S.W.T pernah menegur kaum terdahulu yang membina bangunan mencakar langit tetapi mereka meninggalkan Allah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Mohamad Abduh yang akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua Pemuda PAS dalam pemilihan parti itu pada Jun depan mendakwa, sasaran pendapatan bulanan isi rumah daripada RM6,141 pada 2014 kepada RM10,540 sesuatu yang bagus.

Namun, beliau mendakwa hakikat itu mungkin tidak berlaku dengan membangkitkan peratusan semasa rakyat Malaysia yang memperoleh pendapatan isi rumah RM6,141, peratusan pendapatan median iaitu RM4,258 dan peratusan pendapatan median berada pada paras garis kemiskinan.

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) antara lain mengariskan kira-kira 2.7 juta isi rumah B40, iaitu berpendapatan bulanan purata RM2,537, akan diberi perhatian yang lebih dalam bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Menurut Laporan RMK11 yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, kelompok itu akan dinaikkan taraf ke arah masyarakat kelas menengah yang disasar mengembang kepada 45 peratus menjelang 2020.

Untuk tujuan itu, kerajaan menggariskan tiga strategi iaitu meningkatkan pendapatan dan kekayaan isi rumah; menangani kos sara hidup yang meningkat; dan memperkukuh penyampaian program.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: Nik AbduhRMK11
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

Nik Abduh Nafi Diketepikan PAS

06/09/2023
0

Bekas ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang kini dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili negeri...

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

Kemarahan Penyokong Isu Dominic, Nik Abduh Semakin Reda

30/07/2023
0

IPOH : Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd