• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JHEAINS Pantau Gerakan Ajaran Hadi Minallah Di Sabah

oleh AK-47
16/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
JHEAINS Pantau Gerakan Ajaran Hadi Minallah Di Sabah
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) memantau dengan ketat pergerakan ajaran sesat Hadi Minallah ke negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif bagaimanapun berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kegiatan penyebaran ajaran sesat itu ke negeri ini.

“Setakat ini saya belum terima laporan. Saya akan dapatkan daripada bahagian penguat kuasa JHEAINS melalui pegawai pentadbiran daerah-daerah.

“Saya minta supaya mereka melihat perkara ini dan selepas itu kita akan buat ketetapan melalui JHEAINS dan Pejabat Mufti Sabah,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar pengumuman peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021 di Wisma Muis pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika ada laporan berhubung gerakan ajaran sesat Hadi Minallah di Sabah ketika ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemantauan akan terus dilakukan di seluruh daerah bagi menangani isu ajaran agama Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Pemantauan akan kita buat di seluruh daerah. Imam di masjid-masjid dan guru-guru agama juga perlu peka terhadap perkara ini.

“Apa-apa yang rakyat atau masyarakat dengar ada yang canggung, yang tidak sesuai laporkan kepada JHEAINS, Muis atau Pejabat Mufti,” tegasnya.

Sebelum itu, ajaran sesat yang berasal dari negara jiran dikesan berlaku di beberapa negeri di negara ini dan aktif menyebarkan dakyah sesat mereka melalui YouTube, Persatuan Nur Mutiara Mutmainnah.

Turut tular video seorang lelaki mendakwa sebagai pengasas ajaran itu, Wayang Hadi Kesumo atau Hadi Minallah Aminnullah Ahmad yang berasal dari Indonesia.

-Sinar Harian

Tags: Gerakan Ajaran Hadi MinallahHadi MinallahJHEAINSSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd