• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Catat Kerugian RM560 Juta Akibat Jenayah Siber Tahun Lalu

oleh Mohd Arshad
11/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Catat Kerugian RM560 Juta Akibat Jenayah Siber Tahun Lalu
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU: Malaysia mencatat lebih 20,000 kes jenayah siber yang menyebabkan kerugian sebanyak RM560 juta pada tahun lalu, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kes yang direkodkan itu antara lain membabitkan buli siber, pemalsuan, pencerobohan, memancing data dan penipuan e-mel yang dilihat semakin meningkat saban tahun.

Untuk rekod kira-kira 13,000 kes jenayah siber dengan kerugian RM539 juta dicatatkan pada 2019, namun tidak memberikan angka untuk 2020.

“Menjelang 2025, ekonomi digital dijangka menyumbang kira-kira 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Oleh itu dalam usaha membangunkan diri sebagai sebuah negara yang dipacu ekonomi digital, kita perlu mengenal pasti ancaman yang berpotensi mendatangkan gangguan kepada sasaran penting dan sektor ekonomi secara amnya,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Seminar Sasaran Penting Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di sini mewakili Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Sasaran penting merujuk kepada pemasangan yang hasil keluaran atau perkhidmatannya sangat penting dan sekiranya musnah atau rosak akan menyebabkan kerugian amat besar kepada ekonomi serta pertahanan negara atau menjejaskan fungsi kerajaan dan imej negara.

Abdul Halim berkata, keperluan untuk memperoleh ruang siber yang selamat dan terjamin pada hari ini amat penting untuk meningkatkan agenda keselamatan siber bagi kepentingan sasaran penting di negara ini.

“Adalah penting bagi pemilik atau penghuni sasaran penting untuk sentiasa memberi tumpuan dan perhatian agar keselamatan maklumat sentiasa terjaga selain diberi kawalan keselamatan sewajarnya agar tidak berlaku sebarang kebocoran maklumat,” katanya.

Menurutnya keselamatan siber yang kukuh juga penting ketika Malaysia menuju Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) kerana era itu bergantung sepenuhnya kepada teknologi digital dan sebarang isu membabitkan keselamatannya bakal memberi kesan terhadap kerajaan, ekonomi, sosial dan masyarakat.

“Ketika kita bergerak ke hadapan serta hidup dengan teknologi dengan bandar pintar sedang dibina dan misi data kritikal dihantar ke pangkalan data menggunakan internet, isu keselamatan siber perlu diletakkan di barisan hadapan di keseluruhan ekosistem digital,” katanya.

Bernama-

Tags: jenayah siberKDNKkerugian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

RMK13: KDNK Malaysia Disasar Tumbuh 4.5 Hingga 5.5 Peratus Setahun

31/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disasarkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun dalam Rancangan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd