• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Hutan Simpan Bukit Cherakah Digantung Sementara

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pembangunan Hutan Simpan Bukit Cherakah Digantung Sementara
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan dua badan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar untuk menggantung sementara tindakan Kerajaan Selangor membenarkan pembangunan di Hutan Simpan Bukit Cherakah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam Rajesh Nagarajan, yang mewakili Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) dan Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF), berkata Hakim Shahnaz Sulaiman membuat keputusan itu pada prosiding yang berlangsung secara dalam talian hari ini.

“Mahkamah juga menetapkan 28 September ini untuk pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman oleh dua pertubuhan itu,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Minggu lalu, PEKA dan SACF memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kerajaan Selangor, Majlis Eksekutif negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Jabatan Tanah dan Galian Petaling pada 20 November 2000 untuk menyahwartakan hutan simpan itu.

Mereka menamakan Kerajaan Selangor, Majlis Eksekutif negeri, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri serta Jabatan Tanah dan Galian Petaling sebagai responden.

Kedua-dua NGO berhasrat mencabar keputusan responden atas alasan adalah tidak rasional untuk kesemua pihak terbabit membenarkan pembangunan di atas tanah seluas 406.22 hektar itu melalui pelaksanaan keputusan yang telah dibuat 22 tahun lalu selain menyifatkannya sebagai ‘lapuk.’

Mereka juga memohon pengisytiharan mengenai keperluan untuk mengadakan siasatan awam berkaitan pembangunan hutan simpan itu seperti yang termaktub di bawah Enakmen Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011.

Bernama-

Tags: digantungHutan Simpan Bukit CherakahNGO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Sahkan Terima Notis ROS Cadangan Batalkan Pendaftaran, Semua Kegiatan Digantung

PN Sahkan Terima Notis ROS Cadangan Batalkan Pendaftaran, Semua Kegiatan Digantung

24/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) mengesahkan menerima notis daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) berhubung cadangan untuk membatalkan pendaftaran...

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

Kedudukan Sosioekonomi Masyarakat India Terhakis – Charles Santiago

21/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago membangkitkan kebimbangan mengenai kedudukan sosioekonomi masyarakat India di negara ini yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd