• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tampung Subsidi Tarif Elektrik RM6.51 Bilion

oleh AK-47
11/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Tampung Subsidi Tarif Elektrik RM6.51 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 Jun lepas yang mengekalkan rebat dua sen kilowatt per jam (kWj) kepada semua pengguna domestik dan surcaj RM3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022.

“Dalam hal ini, semua pengguna di Semenanjung akan membayar bil elektrik pada kadar yang sama seperti yang dibayar sejak Januari 2022 berdasarkan penggunaan elektrik masing-masing,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Khairil Nizam Khirudin yang ingin tahu jumlah subsidi yang telah dan akan diperuntukkan kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.

Ali juga memaklumkan sejak Januari 2021 hingga Jun lepas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM715 juta bagi mengekalkan rebat dua sen/kWj kepada semua pengguna domestik walaupun surcaj RM3.70 sen/kWj sepatutnya dikenakan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung bermula Januari 2022.

Sementara itu, beliau berkata sebarang keputusan tarif elektrik berikutnya adalah berdasarkan kepada mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) hujung tahun ini yang bergantung pada harga bekalan bahan api di peringkat antarabangsa.

Katanya kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Kewangan akan mengkaji kemungkinan pemberian subsidi tenaga secara bersasar.

-Malaysia Kini

Tags: KerajaanSubsidi Tarif Elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Pintu Belakang Bukan Demokrasi, Pengkhianatan Mandat Rakyat – DAP

Kerajaan Pintu Belakang Bukan Demokrasi, Pengkhianatan Mandat Rakyat – DAP

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa parti itu tidak akan menyokong sebarang usaha menubuhkan...

Akmal Saleh Tolak Kerajaan ‘Tebuk Atap’, Saran Jadi Pembangkang Atau Bubar DUN

Akmal Saleh Tolak Kerajaan ‘Tebuk Atap’, Saran Jadi Pembangkang Atau Bubar DUN

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menentang pembentukan kerajaan "tebuk atap' di Negeri Sembilan. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd