• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta

oleh AK-47
10/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pemandu Lelaki Cedera Dipukul Selepas Langgar Pagar Rumah, Kereta
Share on FacebookShare on Twitter

Kulai : Seorang pemandu pacuan empat roda cedera dipukul orang awam selepas dia bertindak melanggar pagar rumah dan sebuah kereta di Taman Makmur di sini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian awal pagi tadi, pemandu lelaki warga tempatan yang berusia 30 tahun itu dipercayai melanggar pagar dan kereta pemilik rumah berusia 60 tahun selepas disyaki memandu dalam keadaan melulu dan merbahaya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 2.11 pagi yang memaklumkan sebuah Toyota Hilux melanggar bahagian depan sebuah rumah dan berlaku pergaduhan.

“Apabila anggota kereta peronda polis tiba di lokasi kejadian, kita mendapati pemandu pacuan empat roda itu cedera di muka dipercayai dipukul oleh orang awam yang berada di kawasan terbabit.

“Siasatan mendapati pemandu itu melanggar pagar rumah dan kereta milik seorang lelaki berusia 60 tahun hingga menyebabkan kereta terbabit masuk ke dalam rumah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan pemuda terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Tok, ujian pernafasan dibuat ke atas pemandu itu dan mendapati keputusannya negatif bermakna dia tidak memandu dalam pengaruh alkohol.

Manakala, katanya, semakan rekod lampau pula mendapati dia mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah.

“Lelaki itu kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru,” katanya.

Tok berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Polis masih mengenal pasti individu yang terbabit memukul suspek dalam kejadian itu. Mana-mana saksi kejadian boleh tampil di IPD Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Fatin 018-3649199 atau Inspektor Dzulhanafie 019-5383819,” katanya.

-Harian Metro

Tags: cederapukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

‘Anggota Payung Terjun Alami Retakan Halus Tulang Leher, Bukan Patah Tulang Rusuk’ – TDM

01/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Anggota tentera yang cedera ketika latihan persembahan payung terjun di Melaka mengalami retakan hals pada tulang leher dan...

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd