• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Grab Tidak Kurangkan Kadar Bayaran ‘Rider’

oleh Mohd Arshad
05/08/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Grab Tidak Kurangkan Kadar Bayaran ‘Rider’
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Grab Malaysia menjelaskan bahawa syarikat itu tidak mengurangkan kadar bayaran asas untuk ‘rider’ atau rakan penghantarnya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, kebimbangan berlaku ekoran gangguan dalam sistem Grab menyebabkan percanggahan daripada segi jumlah bayaran yang diterima.

Bagaimanapun pihaknya telah memperbetulkan isu itu dan menjelaskan situasi sebenar melalui saluran komunikasi rasmi Grab Malaysia pada 21 Julai lalu.

“Kami ingin memohon maaf di atas segala kesulitan yang mungkin timbul kepada rakan penghantar dan ingin menggalakkan mereka untuk menghubungi syarikat melalui Facebook atau mengunjungi Grab Driver Centre (GDC) sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.

“Grab juga ingin meyakinkan semua pengguna dan rakan kongsi peniaga bahawa kami kekal komited untuk menyokong komuniti rakan penghantar Grab.

“Selama bertahun-tahun, kami telah memperkenalkan pelbagai usaha untuk menyokong mereka,” jelas kenyataan itu.

Grab Malaysia menambah, langkah pemerkasaan rakan penghantar yang dilaksanakan termasuklah perlindungan semasa bekerja dengan perlindungan kemalangan peribadi percuma dan kerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi memudahkan caruman serta insentif tambahan sehingga 10 peratus.

Mereka juga membantu rakan penghantar menjimatkan perbelanjaan operasi dengan diskaun petrol, penyelenggaraan kenderaan dan keperluan harian serta memperkenalkan pelbagai promosi dan kempen seperti GrabUnlimited yang dilancarkan baru-baru ini.

“Pek langganan dengan lebih daripada 50 baucar diskaun berbeza bertujuan bukan sahaja meningkatkan jualan untuk peniaga, tetapi menyediakan lebih banyak pekerjaan untuk rakan kongsi penghantaran kami.

“Kami juga ingin mengingatkan semua rakan penghantar kami supaya sentiasa berhati-hati di jalan raya dan laporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan Grab jika berdepan masalah.

“Kami juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sebarang khabar angin atau dakwaan palsu supaya tidak menimbulkan panik,” jelasnya.

-Sinar Harian

Tags: GrabKadar Bayaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

12/01/2026
0

PETALING JAYA – Insiden tikam lidah antara seorang pemandu e-hailing dengan penumpangnya viral dan mencetuskan perdebatan dalam masyarakat. Pemandu berkenaan...

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

Penumpang Dakwa Pemandu E-Hailing Bertindak Berbahaya, Ambil Telefon & Nilai Diri Sendiri 5 Bintang

03/01/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial mendakwa adiknya berdepan pengalaman mencemaskan apabila pemandu perkhidmatan e-hailing dipercayai menggunakan telefon bimbit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd