• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wan Saiful Dakwa Ismail Sabri Semakin Mesra Rasuah, Perasuah

oleh AK-47
05/08/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Wan Saiful Dakwa Ismail Sabri Semakin Mesra Rasuah, Perasuah
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri kini semakin mesra dengan rasuah dan individu yang terpalit dengan skandal itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Wan Saiful berkata, ini kerana tindakan dan kenyataan Perdana Menteri secara terbuka terutamanya di Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor baru-baru ini jelas membimbangkan.

“Tindakan Ismail Sabri yang secara terbuka mengatakan bahawa dia melantik (Tan Sri) Noh Omar sebagai Menteri untuk bawa minyak kepada jentera UMNO adalah satu perkara membimbangkan.

“Ismail Sabri juga secara terbuka berkata bahawa dia tidak boleh cerita semua perkara kerana dalam dewan itu ada pemberita. Apa yang sembunyikan? Adakah beliau sembunyikan rasuah?

“Ismail tidak membantah apabila (Presiden BN, Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi mengatakan bahawa Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) boleh bawa ‘gula’ kepada UMNO dan Zahid mengajar Zafrul agar ambil apa yang sempat.

“Ini budaya UMNO yang disahkan oleh Presidennya yang ada puluhan pertuduhan mahkamah. (Malah, ia) seolah-olah Ismail Sabri reda dan mahu membawa kembali budaya rasuah dan kleptokrasi yang dipelopori UMNO sejak sekian lama,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Wan Saiful menggesa Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) memandang serius sikap Ismail Sabri yang semakin lunak dengan rasuah dan perasuah.

“PN adalah parti yang memperjuangkan integriti demi membolehkan kemakmuran negara dikongsi oleh semua rakyat.

“PN bukan parti yang mendokong rasuah dan perasuah,” jelasnya.

UtusanOnline-

Tags: BERSATUIsmail SabrirasuahWan Saiful Wan Jan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

Mohamed Farid Gembira Dipecat Bersatu, Dakwa Bebas Dari Parti Meruntuhkan Silaturrahim Sesama Muslim

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi menyifatkan pemecatan beliau oleh Parti...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd