• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Miliki Dadah Bernilai RM180,270 Ditahan

oleh AK-47
04/08/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Penganggur Miliki Dadah Bernilai RM180,270 Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Seorang penganggur ditahan kerana dipercayai memiliki lima kilogram (kg) dadah jenis syabu, 10 biji pil psikotropik dan tujuh biji pil kuda bernilai RM180,270 di Jalan Wakaf Che Yeh, Mukin Padang Enggang, di sini, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, suspek berusia 57 tahun ditahan pada 12.06 tengah malam selepas pihak polis menerima maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah.

Katanya, sebaik mendekati suspek dan memperkenalkan diri sebagai pihak berkuasa, anggota membuat pemeriksaan ke atas tubuh badan sebelum menemui plastik yang berisi dadah berkenaan di dalam poket seluar suspek.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kereta Proton Preve dipercayai milik suspek dan menjumpai bungkusan plastik berwarna merah di bahagian tempat duduk penumpang hadapan yang mengandungi ketulan kristal disyaki syabu seberat lima kg.

“Tangkapan terbabit dilakukan susulan penahanan seorang lelaki yang juga penganggur berusia 40 tahun ketika serbuan pertama di Kampung Tasek Berangan, Repek, Pasir Mas pada 9 malam, Isnin lalu.

“Kesemua dadah dirampas dan kedua-dua suspek ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, kesemua dadah yang dirampas didapati boleh digunakan untuk 50,027 penagih.

“Kedua-dua suspek juga positif dadah jenis Methampethamine selain masing-masing mempunyai lapan dan tujuh kes jenayah lampau juga membabitkan penyalahgunaan dadah.

“Mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula 2 sehingga 8 Ogos bagi siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, wang tunai bernilai RM5,360 dipercayai hasil aktiviti pengedaran dadah turut dirampas termasuk sebuah kereta Honda Civic dan motosikal SYM.

-Harian Metro

Tags: dadahPenganggurTahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd