• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hamzah Jumpa PM Esok

oleh AK-47
03/08/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Hamzah Jumpa PM Esok
Share on FacebookShare on Twitter

Isu perjanjian antara Bersatu dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dijangka akan dibangkitkan dalam pertemuan bakal berlangsung esok.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pertemuan itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin seperti dilaporkan Sinar Harian.

“Insya-Allah saya akan bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri, esok hari,” katanya pada sidang media di Akademi MAB di Petaling Jaya, hari ini.

Hamzah berkata demikian selepas merasmikan persidangan sempena sambutan Hari Dunia Menentang Pemerdagangan Orang.

Pada 28 Julai lalu, Hamzah selaku setiausaha agung PN berkata gabungan itu berpendapat Ismail tidak bersungguh untuk memenuhi terma-terma penting dalam perjanjian di antara gabungan itu dengan perdana menteri.

Antara terma penting yang terkandung dalam perjanjian itu ialah jawatan timbalan perdana menteri.

Pendirian itu dinyatakan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN yang dipengerusikan Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu.
“Mesyuarat melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan perdana menteri yang dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi terma-terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan (PN).

“Sehubungan itu, PN memutuskan untuk menghantar delegasi menemui perdana menteri bagi membincangkan pelaksanaan terma-terma perjanjian tersebut dalam masa yang terdekat,” kata Hamzah.

Untuk rekod Muhyiddin sebelum ini mendedahkan telah wujud persefahaman di antara PN dan Ismail berhubung jawatan dalam kabinet, termasuk kedudukan timbalan perdana menteri.

“Kita tidak minta lebih daripada itu, termasuk soal pelantikan menteri baru, timbalan perdana menteri, termasuk lantikan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), badan-badan berkanun dan peruntukan-peruntukan kerajaan,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

-Malaysia Kini

Tags: Hamzah Zainudinpm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

PM Anwar Telah Hubungi 10 Pemimpin Negara Asing Usaha Redakan Perang Asia Barat

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sekurang-kurangnya 10 panggilan telefon kepada pemimpin negara asing sejak...

Belum Terima Apa-apa Surat, Johari Sahkan Tempat Duduk Pemimpin Dipecat BERSATU Termasuk Hamzah Di Parlimen Kekal

Belum Terima Apa-apa Surat, Johari Sahkan Tempat Duduk Pemimpin Dipecat BERSATU Termasuk Hamzah Di Parlimen Kekal

18/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Pemecatan keahlian Datuk Seri Hamzah Zainudin serta 16 yang lain oleh BERSATU tidak memberi kesan kepada kedudukan mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd