• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sungai Kupang Cetek Penuh Pasir, Punca Air Cepat Melimpah

oleh Mohd Arshad
30/07/2022
dalam Utama & Sensasi
0
Sungai Kupang Cetek Penuh Pasir, Punca Air Cepat Melimpah
Share on FacebookShare on Twitter

BALING : Sungai Kupang didapati semakin cetek kerana dipenuhi pasir, menyebabkan airnya melimpah dengan cepat ke petempatan penduduk berhampiran setiap kali hujan lebat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pegawai Khas Ahli Parlimen Baling, Zulkifli Mohd Amin, berkata kerja-kerja mendalamkan sungai berkenaan, dari Lata Chelak ke Bukit Iboi memang sudah dilaksanakan sebelum ini.

“Kerja-kerja mendalamkan Sungai Kupang memang sudah dibuat menggunakan dua jentera pengorek disediakan Pusat Khidmat Parlimen Baling, dari Lata Chelak ke Bukit Iboi, namun berlaku hujan lebat yang menyebabkan sungai kembali dipenuhi pasir.

“Sebab itu bila hujan lebat, air sungai cepat melimpah ke petempatan penduduk berdekatan kerana timbunan pasir terlalu banyak selepas dibawa arus banjir dalam kejadian pada 4 Julai lalu,” katanya.

Zulkifli berkata, kerja-kerja mendalamkan sungai berkenaan yang masih diteruskan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), berjalan lancar menggunakan dua jentera disediakan jabatan terbabit.

“Dua jentera pengorek JPS giat melakukan kerja-kerja mendalamkan Sungai Kupang,” katanya.

Khamis lalu, banjir dan kepala air sekali lagi melanda beberapa kampung di Kupang selepas hujan lebat hampir tiga jam.

Ia kejadian kedua selang tiga minggu selepas tragedi yang meragut tiga nyawa, termasuk seorang wanita hamil empat bulan dan memusnahkan puluhan kediaman di daerah ini, awal bulan ini.

Hujan lebat bermula kira-kira jam 2 petang yang berterusan selama tiga jam menyebabkan air Sungai Kupang melimpah sehingga penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai terpaksa menyelamatkan diri dan berpindah.

Air sungai berkenaan dilaporkan mengalir deras selepas dipercayai melimpah dari Gunung Inas, menyebabkan pihak polis mengarahkan laluan di Jambatan Bailey di perkampungan itu ditutup.

Antara kampung terjejas dalam bencana terbaharu ialah Kampung Iboi, Lata Chelak, Padang Empang, Masjid Iboi, Bendang Padang, Bendang Bechah, Jerai, Hangus dan Bukit Hijau, membabitkan sekurang-kurangnya 300 penduduk daripada 75 keluarga.

Sementara itu, tinjauan pagi ini di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Terbuka Kampung Padang Empang mendapati semua 19 keluarga mangsa banjir yang dipindahkan ke situ susulan kejadian Khamis lalu, sedang berkemas untuk pulang ke rumah.

-Berita Harian

Tags: BanjirBanjir Balingmangsa banjirSungai Kupang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd