• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ambil Keterangan 12 Saksi Kes Banduan Mati Di Penjara Kluang

oleh Mohd Arshad
26/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
PRN Johor Membuktikan Majoriti Anak Muda Bersama BN
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Polis selesai mengambil keterangan 12 saksi dalam kes kematian seorang banduan di Penjara Kluang pada 28 Jun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, saksi tersebut terdiri daripada tiga ahli keluarga banduan berkenaan, lima banduan serta petugas penjara.

“Bedah siasat telah dijalankan oleh pihak makmal sebuah hospital di Johor Bahru dan kita masih menunggu keputusan bagi menentusahkan punca kematian,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini.

Beliau ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan IPK Johor, hari ini. Yang turut hadir, Timbalannya, Datuk Khaw Kok Chin.

Pada 28 Jun lalu, Kim Shih Keat dijadualkan dibebaskan dari Penjara Kluang selepas menjalani hukuman penjara selama tujuh hari dan denda sebanyak RM15,000 kerana didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada 22 Jun lalu.

Walau bagaimanapun, keluarga lelaki berkenaan yang dalam perjalanan untuk mengambil Shih Keat mendakwa menerima panggilan pada pagi hari yang sama daripada pengurus rumah mayat yang memaklumkan mangsa telah meninggal dunia.

Kelmarin, ahli keluarga Shih Keat memohon laporan bedah siasat dan kimia tentang kematian lelaki berkenaan dapat didedahkan selewat-lewatnya Jumaat ini.

Dalam pada itu, Kamarul Zaman berkata, selesai proses bedah siasat ke atas mendiang, mayatnya diserahkan kepada pihak keluarga sehari selepas mangsa dilaporkan meninggal dunia.

-Utusan Online

Tags: Kes Banduan MatiketeranganPenjara Kluangpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd