• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan, PH Capai Kata Sepakat Tarikh Akhir MoU

oleh Mohd Arshad
26/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kerajaan, PH Capai Kata Sepakat Tarikh Akhir MoU
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan (PH) sudah mencapai kata sepakat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berhubung tarikh akhir Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan dengan pembangkang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, berkata keputusan yang dicapai dengan Perdana Menteri itu bukan sahaja membabitkan PKR, namun meliputi PH secara keseluruhan.

Bagaimanapun, katanya, perincian kesepakatan yang dicapai itu belum didedahkan oleh pimpinan PH, dan dijangka dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

“Keputusan yang dicapai ialah dalam PH, bukan keputusan PKR sahaja. Yang kita faham ialah apa juga keputusan itu membabitkan pimpinan PH dengan Perdana Menteri.

“Saya difahamkan sudah ada kata sepakat antara pimpinan PH dengan Perdana Menteri, yang tidak dimaklumkan kepada kami lagi buat masa ini.

“Besar kemungkinan, sebaik sahaja PH buat keputusan, ia akan diumumkan,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini MoU antara kerajaan pembangkang, susulan terdapat percanggahan mengenai tarikh luput MoU.

Sebelum ini, Pengerusi PH yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelaskan tarikh akhir MoU itu belum muktamad kerana dokumen berkenaan tidak menetapkan tarikh akhir, sebaliknya hanya menyebut tarikh membabitkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, pula dilaporkan berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu memutuskan tidak akan melanjutkan MOU terbabit, selepas 31 Julai.

Berdasarkan semakan, dokumen MoU Transformasi dan Kestabilan Politik menjelaskan dokumen itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh ia ditandatangani dan terpakai hingga pembubaran Parlimen Ke-14.

Dokumen itu juga menjelaskan kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai ini.

-Berita Harian

Tags: KerajaanMoUPHTarikh Akhir MoU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

10/07/2026
0

RAMALAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN Johor tidak sepatutnya dijadikan...

‘Talkin Pilihan Raya’ Satira Politik, Yakin PH Menang 30 Kerusi – Shamsul

‘Talkin Pilihan Raya’ Satira Politik, Yakin PH Menang 30 Kerusi – Shamsul

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin mempertahankan video "talkin pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd