• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PN Pulau Pinang Selesai Isu Pembahagian Kerusi

oleh Mohd Arshad
25/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PN Pulau Pinang Selesai Isu Pembahagian Kerusi
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN : Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang telah menyelesaikan pembahagian kerusi bagi 13 kawasan Parlimen antara tiga komponen parti di negeri ini melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Badan Perhubungan PN Pulau Pinang, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, selain itu kesemua parti komponen PN negeri juga sudah menyerahkan senarai nama ketua badan perhubungan kawasan Parlimen masing-masing.

Katanya, ia supaya gerak kerja di kawasan Parlimen berkenaan dapat dimulakan dalam masa yang singkat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

”Kita telah membincangkan hal ehwal dan kerja-kerja PN Pulau Pinang bagi berdepan PRU-15 termasuk menyelesaikan pembahagian 13 kawasan Parlimen antara tiga komponen parti,’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, ketua badan perhubungan kawasan Parlimen juga dinasihatkan turun padang dan memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing secara proaktif sebaik sahaja kerja pelantikan dimuktamadkan.

”Ketua-ketua badan perhubungan kawasan harus memahami isu yang dihadapi rakyat setempat, memberi bantuan serta membela kepentingan rakyat tanpa mengambil kira bangsa dan agama,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan ketua-ketua badan perhubungan kawasan Parlimen yang dilantik tidak semestinya dipilih sebagai calon PRU-15.

”Namun, kita mesti bersatu padu, berjuang secara berpasukan untuk bersiap sedia dalam gerak kerja pilihan raya supaya PN Pulau Pinang mendapat keputusan yang baik dalam PRU-15,” katanya.

Tambahnya, PN Pulau Pinang akan mengadakan majlis pelancaran dalam masa terdekat selain ‘retreat‘ bagi merangka pelan tindakan untuk menghadapi PRU-15.

”Tarikh 7 Ogos depan merupakan hari ulang tahun kedua PN, kami di Pulau Pinang akan mengadakan majlis sambutan ulang tahun pada hari itu. Beberapa acara akan diadakan termasuk penyerahan surat pelantikan ketua badan perhubungan kawasan Parlimen,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Isu Pembahagian KerusiPNPN Pulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) berkemungkinan besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd