• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemudahan Cuti Bersalin Elaun Penuh Guru KAFA Ditangguhkan

oleh Mohd Arshad
24/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kemudahan Cuti Bersalin Elaun Penuh Guru KAFA Ditangguhkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menangguhkan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seperti yang diumumkan pada Januari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff yang berkata, keputusan dibuat sebagai mematuhi saranan dan pandangan Kementerian Kewangan.

“Kementerian berkenaan pada 6 Julai lalu mengeluarkan pandangan bahawa pelaksanaan kemudahan itu adalah tidak sesuai buat masa ini kerana kedudukan status perjawatan guru KAFA.

“Namun JAKIM dalam usaha membuat rayuan kepada Kementerian Kewangan dan sedang menjustifikasikan langkah yang dibuat untuk pertimbangan semula pihak berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, beliau berkata, JAKIM bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad juga sudah mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah bagi membincangkan isu kebajikan guru serta penyelia KAFA.

Katanya, JAKIM sentiasa berbincang dan mencari jalan bagi menjaga kebajikan semua pihak di bawah jabatannya termasuk guru KAFA, selain mengharapkan sokongan serta doa supaya usaha berterusan yang dibuat oleh pihak kerajaan melalui JAKIM selama ini dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sebelum ini, JAKIM mengumumkan kemudahan cuti bersalin dengan elaun penuh selama 60 hari diberi kepada guru KAFA.

Kemudahan itu diberi sekali sepanjang tempoh kontrak lantikan semasa yang sedang berkuat kuasa dan selaras penambahbaikan Peraturan KAFA 2022 yang memasukkan perkara berkaitan cuti bersalin berelaun selama 60 hari.

-Berita Harian

Tags: cuti bersalinCuti Bersalin Elaun PenuhditangguhkanGuru KafaKemudahan Cuti Bersalin Elaun Penuh Guru KAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

JPA Perlu Semak Cuti Bersalin Penjawat Awam – MMA

07/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemak Perintah Am berkaitan cuti bersalin bagi penjawat...

Selangor Terima RM56 Juta Imbuhan Tahunan, Elaun Guru KAFA

Selangor Terima RM56 Juta Imbuhan Tahunan, Elaun Guru KAFA

02/05/2023
0

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini menyerahkan peruntukan berjumlah RM56,412,369.60 kepada Selangor bagi imbuhan tahunan dan elaun kepada 11,558 guru Kelas Fardu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd