• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramananaidu Didakwa Salah Guna Dana MITRA

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ramananaidu Didakwa Salah Guna Dana MITRA
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Seorang pemilik syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyalahgunakan dana peruntukan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) pada Februari tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

KC Ramananaidu, 32, memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Ramananaidu didakwa menyalahgunakan wang tunai RM100,000 kepunyaan Kerajaan Malaysia menerusi Unit Mitra bagi Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India B40, di Malaysia melalui bidang pertanian.

Dia dituduh berbuat demikian di Agrobank Berhad Cawangan Sungai Petani, No. 12@13 Jalan PPZ 1, Pusat Perniagaan Zamrud, Kuala Muda pada 26 Februari 2021.

Pertuduhan dikemuka mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang enam bulan atau dengan sebatan dan denda.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan agar tidak mengganggu saksi kes berkenaan serta perlu hadir ke mahkamah pada tarikh ditetapkan.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen berkaitan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Zulfadli Azharudin, manakala tertuduh diwakili peguam Miguel Sequerah.

-Berita Harian

Tags: dakwaDana MITRAKC RamananaiduMITRASalah Guna
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dakwa Penyatuan Ummah Tunggang Agama Pertahan Pemimpin Bobrok

PMX Anwar Dakwa Penyatuan Ummah Tunggang Agama Pertahan Pemimpin Bobrok

13/11/2026
0

MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa seruan penyatuan ummah digunakan untuk menunggang agama demi mempertahankan kepimpinan bobrok...

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd