• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Terima RM300 Juta Pelaburan Syarikat Jerman

oleh Mohd Arshad
20/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Melaka Terima RM300 Juta Pelaburan Syarikat Jerman
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA: Melaka menerima pelaburan berjumlah RM300 juta daripada sebuah syarikat Jerman yang membangunkan kilang pembuatan serta pengeluaran alat eletronik sensor terbesar di negara ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dengan pembangunan fasa pertama kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai, di sini berjumlah RM100 juta, syarikat Leuze Eletronic (M) Sdn Bhd menjadi syarikat terbaharu dari Jerman yang melabur di negeri itu, manakala RM200 juta pembangunan fasa kedua pula akan bermula tidak lama lagi.

EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata sebelum ini, tujuh syarikat dari negara berkenaan menjadikan Melaka sebagai hab pengeluaran produk berteknologi Jerman dengan jumlah keseluruhan RM14.7 bilion.

“Pemilihan Melaka adalah berdasarkan kepada suasana kerja yang sangat kondusif serta menyamai suasana di Jerman. Itulah sebabnya, negeri ini dijadikan antara lokasi pilihan utama pelabur dari negara berkenaan,” katanya selepas menghadiri perasmian kilang Leuze Eletronic di Bukit Rambai, di sini, hari ini.

Perasmian disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Yang turut hadir, EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem dan Ketua Pegawai Eksekutif Lueze Eletronic, Ulrich Balbach.

Sementara itu, Sulaiman berkata, pembangunan fasa kedua kilang Leuze itu kelak bakal membuka sehingga 100 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan.

“Kilang pembuatan dan pengeluar alat elektronik sensor ini dijangka akan mengembangkan lagi barisan pengeluaran (production line) kepada 16 pada fasa kedua berbanding lapan ketika ini.

“Dijangka fasa kedua itu nanti akan dilaksanakan pada tahun depan, dengan nilai pengembangan pelaburan sekali ganda, sekali gus mengukuhkan lagi ekonomi negeri,” katanya.

BHonline-

Tags: JermanMelakapelaburan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon sokongan dan kepercayaan rakyat Johor untuk terus memberi mandat...

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

Slogan ‘Melayu Terancam’, ‘Islam Terancam’ Hanya Dakyah Politik – PH

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari mendakwa slogan 'Melayu Terancam' atau 'Islam Terancam' hanyalah dakyah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd