• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masalah Bekalan Baja Selesai Dalam Masa Terdekat

oleh AK-47
20/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Masalah Bekalan Baja Selesai Dalam Masa Terdekat
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Kelewatan bekalan baja untuk diedarkan kepada pesawah akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Zamri Yaakob berkata, kelewatan itu disebabkan baja yang dibekalkan kepada pesawah diimport dari Rusia yang kini menghentikan bekalan setelah berlaku peperangan dengan Ukraine.

Menurutnya, sebagai gantian Nafas telah pun mendapatkan bekalan dengan kualiti menyamai pembekal sebelum ini yang diperolehi dari Kanada.

“Sejak dulu, kita beli dari Belarus, Rusia sebab kita ada kontrak dengan syarikat di sana. Jadi bila peperangan menyebabkan bekalan baja terhenti, kita terpaksa cari sumber lain.

“Kita beli dari Kanada kerana kualiti baja hampir sama, tidak boleh beli sesuka hati, namun jarak antara Kanada dan Malaysia jauh, ambil masa dari segi penghantaran. Itulah salah satu sebab lewat diedarkan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Asun kali ke-46 di sini pada Rabu.

Zamri berkata, pada masa sama, kilang pengeluaran dalam negara mempunyai kapasiti tertentu sekitar 1,000 tan sehari dan tidak dapat menampung permintaan.

“Kita tidak boleh keluarkan melebihi had, apabila kita proses perlu ikut kemampuan kilang. Jadi bila berlaku masalah kekurangan beg baja yang sebelum ini, ia berlarutan. Bagaimanapun, kita sudah ambil tindakan segera untuk atasi masalah ini,” katanya lagi.

Menurutnya, Nafas sudah menerima 15,000 tan baja yang akan diedarkan segera kepada pesawah.

“Saya harap isu ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Walaupun edaran sudah tersasar sedikit daripada jadual penanaman, kita akan cuba betulkan kembali,” katanya.

Dalam pada itu, Zamri memberitahu, Nafas bakal mengeluarkan benih padi sendiri dengan mengambil alih kilang swasta sedia ada bermula pada tahun ini.

“Sudah tiba masanya Nafas mengeluarkan benih padi sendiri untuk dibekalkan kepada pesawah kerana kita memerlukan sekitar 72,000 tan metrik benih padi setahun.

“Sekarang ini, kebanyakannya dihasilkan oleh kilang swasta menyebabkan harga benih padi tidak sama di pasaran,” katanya.

Menurutnya, untuk menyelaraskan harga benih padi, Nafas menyasarkan untuk memiliki sebuah kilang benih padi pada tahun ini dan akan menambah bilangan kilang mengikut kesesuaian.

“Kita bukan bina kilang baru, tetapi kita ambil alih kilang swasta dengan dijual sahamnya kepada kita. Ini membolehkan kita kawal pengeluaran. Pada tahun seterusnya, kita akan tambah lagi tiga atau empat kilang bagi memenuhi keperluan negara,” katanya.

Zamri berkata, kilang pertama terbabit terletak di Perak dan kini dalam perundingan peringkat akhir.

“Kita akan ambil alih beberapa kilang, seterusnya mengeluarkan sekurang-kurangnya 50,000 tan metrik. Mungkin 20,000 tan metrik lagi dengan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) atau PPK yang ada mengeluarkan benih padi,” katanya lagi.

-Sinar Harian

Tags: bajaBekalan BajaMasalah Bekalan Baja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Omicron, Kos Baja Mungkin Jejas Pemulihan Pengeluaran MSM

02/01/2022
0

BEKALAN pekerja asing di ladang kelapa sawit di tengah-tengah bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia ketika ini,...

Mayat Manusia Bakal Jadi ‘Baja Kompos’

30/01/2019
0

OLYMPIA - Negeri Washington di Amerika Syarikat akan membenarkan penduduknya mengubah mayat ahli keluarga sebagai baja kompos manusia untuk menanam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd