Wednesday, December 6, 2023

Creating liberating content

UMNO Perlu Berubah Atau...

ISU demi isu bukan masalah mutlak Umno. Masalah Umno ialah sikap tertutup, tidak dinamik...

Cadangan Tanam Ketum Perlu...

PUTRAJAYA - Cadangan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk menanam...

MBI Nafi Nyamuk Aedes...

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan tangki air yang terletak di Jalan...

Xiaomi Redmi 2, Telefon...

Xiaomi secara rasmi telah melancarkan Xiaoi Redmi 2, telefon pintar bajet yang dilengkapi...

Mayat Manusia Bakal Jadi ‘Baja Kompos’

OLYMPIA – Negeri Washington di Amerika Syarikat akan membenarkan penduduknya mengubah mayat ahli keluarga sebagai baja kompos manusia untuk menanam pokok.

Satu rang undang-undang kini menunggu kelulusan dewan perundangan negeri itu pada bulan hadapan untuk memenuhi cita-cita sesetengah penduduk negeri itu ‘menjadi pokok’ dengan mengubah mayat manusia kepada baja organik.

Jika diluluskan Washington akan menjadi negeri pertama di dunia menjadikan mayat sebagai baja kompos.

Proses dikenali sebagai ‘kompos semula’ itu memberi alternatif berbanding disemadi dalam keranda biasa selepas seseorang meninggal malah dikatakan lebih menjimatkan dan mesra alam.


Antara kaedah ‘kompos semula’ dicadangkan adalah dengan meletakkan mayat dalam sebuah bekas tekanan tinggi bersama air dan bahan beralkali yang akan menukar badan manusia menjadi baja dan boleh ditanam terus di bawah sebatang pokok.

Idea pelik itu timbul disebabkan pengebumian biasa di Barat banyak menyuntik bahan kimia ke dalam mayat yang akhirnya menyerap masuk ke dalam tanah manakala kaedah membakar mayat pula melepaskan banyak gas karbon dioksida. – Agensi

Kategori