• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buku Panduan GST Industri Pelancongan Dilancar

oleh Ahmad Albab
22/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) hari ini melancarkan buku panduan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk peserta industri pelancongan bertajuk ‘GST Navigator for Travel Industry Manual.’

Buku itu, yang dilancarkan Pengarah GST Kastam Diraja Malaysia, Datuk T. Subromaniam, adalah antara inisiatif Matta untuk membantu anggotanya dalam melaksanakan GST, yang diperkenalkan April tahun ini.

Presiden Matta, Hamzah Rahmat dalam ucapannya pada majlis itu berkata, GST menjadi isu besar yang memberi kesan kepada industri pelancongan.

“Apa yang diperlukan ialah satu persembahan secara terperinci dan mudah difahami, bukan semata-mata gambaran umum yang diberi pihak kastam.

“Sebab itulah, Matta berasa bertanggungjawab kepada anggotanya untuk menjadikan proses pelaksanaan GST menjadi mudah,” katanya.

Sementara itu, Subromaniam memuji usaha Matta menerbitkan buku berkenaan untuk menjelaskan kepada industri pelancongan dan pengembaraan tentang cara pelaksanaan GST.

“Ini merupakan inisiatif pertama daripada sektor swasta dalam penghasilan buku panduan. Saya harap, pihak lain akan mencontohinya. Ini juga adalah contoh bahawa sektor awam dan swasta boleh bekerjasama,” katanya.

Buku itu antara lain memberi penjelasan tentang 40 isu yang melibatkan industri pelancongan, termasuk status ‘Tiada GST’ bagi lokasi tertentu iaitu Pulau Tioman, Labuan dan Langkawi, yang tidak mengenakan cukai enam peratus bagi pakej yang dijual, sama ada oleh ejen pelancongan berpejabat di Langkawi atau tempat lain.

Hamzah berkata, Matta akan terus bekerjasama dengan Kastam untuk memastikan syarat yang terkandung dalam GST diterjemahkan kepada proses yang mudah difahami dan untuk memudahkan anggotanya menyediakan laporan. – BERNAMA

 

Tags: GSTPelancong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

PH Dakwa Najib Gagal Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat, Laksanakan GST

04/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong mendakwa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengamalkan politik...

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd