• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Sasar Tanam 2.75 Juta Pokok

oleh AK-47
17/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kedah Sasar Tanam 2.75 Juta Pokok
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Kedah menyasarkan untuk menanam sebanyak 2.75 juta pokok dalam tempoh lima tahun bermula 2021 hingga 2025 bagi menjayakan Program Penghijauan Malaysia dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, berdasarkan sasaran ditetapkan, sebanyak 550,000 pokok akan ditanam pada setiap tahun dalam tempoh lima tahun tersebut.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Kedah akan membantu Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) untuk menjalankan penanaman semula di kawasan hutan terosot melalui pemberian peruntukan perbelanjaan pembangunan P23.

“Pada tahun 2021, penanaman pokok di seluruh Kedah telah melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu sebanyak 623,468 pokok. Bagi tahun 2022 pula, sebanyak 220,422 pokok telah berjaya ditanam di Kedah sehingga 30 Jun 2022.

“Jumlah keseluruhan tanaman pokok di Kedah dari tahun 2021 hingga Jun 2022 adalah berjumlah 843,890 pokok dan jumlah sasaran akan dapat dicapai melalui usaha yang berterusan antara JPNK bersama-sama dengan rakan strategik mereka.

“Antaranya adalah seperti Risda, Felcra, Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Universiti Awam dan Swasta, NGO serta orang awam,” katanya semasa berucap pada Program Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2022 di Jitra pada Ahad.

Majlis tersebut disempurnakan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bersempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Kedah di Tasik Darulaman, dekat sini.

Muhammad Sanusi berkata, penanaman semula pokok-pokok ini melibatkan kawasan-kawasan Hutan Darat dan Hutan Paya Laut di seluruh Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Kedah.

Menurutnya, kawasan HSK yang terosot atau berkualiti rendah ditanam bagi memastikan kualiti dirian hutan tersebut dapat dipulihkan bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat melalui pembekalan udara dan air yang bersih seterusnya dapat mengurangkan pemanasan global yang melanda.

“Kedah merupakan negeri yang kaya dengan khazanah alam. Tanahnya yang berkeluasan 942,600 hektar di mana 36 peratus daripada keluasan ini merupakan kawasan berstatus HSK yang seluas 344,175.26 hektar dan hutan jenis ini diklasifikasikan kepada dua iaitu Hutan Perlindungan dan Hutan Pengeluaran.

“Negeri ini mempunyai Hutan Perlindungan yang berkeluasan 137,263.33 hektar (39.9 peratus) dan Hutan Pengeluaran berkeluasan 206,551.93 hektar (60.1 peratus). Terdapat sebanyak 52 HSK yang telah diwartakan di Kedah bermula dari tahun 1931 sehingga 2022. Ianya selaras di bawah seksyen 10(1) Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985,” ujarnya.

Sinarharian-

Tags: Kedahpenanamanpokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

POSCO Malaysia Tebang Pokok Ancam Keselamatan Pelajar SMK Pulau Indah

16/06/2026
0

KLANG - Kakitangan POSCO Malaysia mengambil inisiatif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mempertingkatkan tahap keselamatan di Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd