• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Terbuka Jika PM Mahu Adakan MoU Lanjutan

oleh Mohd Arshad
16/07/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PH Terbuka Jika PM Mahu Adakan MoU Lanjutan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) sedia mempertimbangkan sebarang cadangan berkenaan memorandum persefahaman (MoU) lanjutan antara kerajaan sedia ada dengan pembangkang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pihaknya bersedia untuk melakukan perkara tersebut kerana memikirkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, MoU sedia ada yang bakal tamat pada 31 Julai ini telah membantu mengurangkan ‘politiking’ dalam keadaan pasca pandemik Covid-19, khususnya di dalam Parlimen.

“Sebagai contoh, kalau Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob datang kepada kita (PH) untuk berunding soal MoU, kita sedia timbang kerana ini untuk kepentingan bersama rakyat.

“Menerusi MoU sedia ada, kita sudah buktikan bahawa apabila kita tandatangan, kita sama-sama bantu dan tidak berlaku ‘politiking’ dalam Parlimen, bajet tahun lepas lulus dengan persetujuan majoriti dan banyak juga usul kerajaan yang kita terima,” katanya selepas mengetuai perhimpunan aman bagi membantah kenaikan harga barangan asas di Kampung Pasir di sini hari ini.

MoU antara kerajaan sedia ada dan PH yang bakal tamat hujung bulan ini telah ditandatangani dan dipersetujui pada 13 September 2021 bertujuan untuk memastikan kestabilan politik dalam negara.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai berkata, pihaknya terbuka untuk menandatangani MoU dengan kerajaan bertujuan memastikan tiada pihak yang berterusan merebut jawatan dalam kerajaan.

“Kita mahu kerajaan sedia ada stabil hingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang boleh ditarik sehingga pertengahan tahun depan kerana mahu kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kesejahteraan rakyat. Jadi, kita harap jangan ada permainan politik dan jangan ada cubaan untuk bubar Parlimen dalam tempoh terdekat, sebaliknya tumpukan untuk menyelesaikan isu rakyat,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: Covid-19MoUPH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

Adakah PH Bakal Kuasai Johor Esok?

10/07/2026
0

RAMALAN Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin Pakatan Harapan (PH) akan menang sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN Johor tidak sepatutnya dijadikan...

‘Talkin Pilihan Raya’ Satira Politik, Yakin PH Menang 30 Kerusi – Shamsul

‘Talkin Pilihan Raya’ Satira Politik, Yakin PH Menang 30 Kerusi – Shamsul

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin mempertahankan video "talkin pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd