• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lonjakan Jangkitan COVID-19 Melanda Seluruh Asia

oleh AK-47
14/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lonjakan Jangkitan COVID-19 Melanda Seluruh Asia
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO: Gelombang baharu COVID-19 mengakibatkan jangkitan merebak pantas ke seluruh Asia, Amerika dan Eropah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ancaman coronavirus ini mendorong penduduk New Zealand dan Jepun mengambil langkah lebih berjaga-jaga bagi memperlahankan penularan wabak, sekali gus mencegah sistem penjagaan kesihatan daripada beban melampau.

Lonjakan kes yang kebanyakannya berpunca daripada varian BA.4 dan BA.5 Omicorn menambahkan cabaran kepada pihak berkuasa yang masih bergelut menangani kesan kejatuhan ekonomi akibat gelombang awal COVID-19.

Kebanyakan negara juga berusaha mengelak melanjutkan atau memperkenalkan semula sekatan wabak yang tidak popular dalam kalangan masyarakat.

New Zealand, yang mempunyai 5.1 juta penduduk, merekodkan hampir 69,000 jangkitan COVID-19.

Daripada jumlah itu, seramai 765 sedang dirawat di hospital, mengakibatkan tempoh menunggu lebih lama serta pembedahan terpaksa dibatalkan akibat kemasukan kes COVID-19.

Di Jepun, kes baharu COVID-19 menyaksikan tahap yang tidak pernah dilihat sejak awal tahun hingga kerajaan menggesa rakyatnya supaya lebih berjaga-jaga berikutan cuti hujung minggu lebih panjang selain ketibaan cuti persekolahan sempena musim panas.

Semalam, Jepun melaporkan hampir 95,000 kes dan bilangan pesakit baharu dijangkiti meningkat 2.14 kali ganda berbanding minggu lalu, menurut jurucakap kerajaan.

Seperti New Zealand, Korea Selatan sebelum ini mendapat pujian berikutan tindakan awal pada permulaan COVID-19, namun semalam Korea Selatan mencatatkan penambahan tiga kali ganda dalam seminggu kepada lebih daripada 39,000 kes.

Pegawai dan pakar menjangkakan jangkitan harian baharu Korea Selatan akan mencecah 200,000 kes menjelang pertengahan Ogos hingga akhir September dan negara itu sedang mengembangkan inokulasi suntikan dos penggalak, namun tidak merancang melaksanakan semula sekatan.

Australia memberi amaran bahawa ia mungkin dilanda wabak COVID-19 yang paling teruk dalam tempoh beberapa minggu akan datang akibat varian BA.4 dan BA.5 Omicron.

Pihak berkuasa Australia berkata, ‘berjuta-juta’ jangkitan baharu mungkin dijangkakan, tetapi menolak sebarang sekatan ketat untuk membendung penularan.

Kemasukan pesakit ke hospital di Australia hampir menyamai peringkat ketika kemuncak gelombang penularan Omicron awal tahun ini, dengan sistem kesihatan negara menghadapi tekanan berikutan jumlah COVID-19 dan influenza yang tinggi.

Sementara Thailand menunjukkan trend penurunan, namun jangkitan di Indonesia menyaksikan peningkatan, mencecah jumlah tertinggi yang direkodkan sejak Mac lalu.

Jangkitan baharu dan kemasukan ke hospital di Filipina kekal rendah, tetapi kerajaan memberi amaran jumlah kes boleh meningkat sekurang-kurangnya 20 kali ganda menjelang akhir bulan ini.

Justeru, Manila menggesa lebih ramai individu mendapatkan suntikan dos penggalak memandangkan data Kementerian Kesihatannya menunjukkan hanya 25 peratus individu dewasa yang layak sudah menerima dos penggalak pertama setakat 12 Julai.

Tanah Besar China juga melaporkan purata lebih 300 jangkitan tempatan harian COVID-19 pada bulan ini, iaitu lebih tinggi daripada kira-kira 70 kes pada bulan lalu.

Tekad negara itu melaksanakan dasar ‘sifar COVID-dinamik’ Beijing yang ketat membantu memastikan kluster tempatan terkawal dan menghalang kebanjiran pesakit di hospital.

BHonline-

Tags: Covid-19kes COVID-19Lonjakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd