• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Lancar Blueprint Perumahan 3.0 MINDEF

oleh AK-47
13/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Lancar Blueprint Perumahan 3.0 MINDEF
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) akan melaksanakan semua projek Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) akan datang termasuk proses perancangan, pembinaan dan penyerahan unit kediaman itu kepada Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kaedah itu yang kini di peringkat rundingan oleh pihak berkaitan sebelum ia dibentangkan dalam tempoh terdekat, termaktub dalam tiga perkara baharu dalam pelan tindakan atau Blueprint Perumahan 3.0 (BP 3.0) MINDEF.

“Terdapat tiga perkara dalam BP 3.0 ini yang lebih membezakannya dengan dua lagi dokumen perumahan sebelum ini. Ia termasuklah semua proses perancangan, pembinaan sehinggalah penyerahan unit RKMAT kepada MINDEF dicadang dilaksanakan oleh LTAT.

“Kaedah ini sedang dirundingi dengan pihak berkaitan dan akan dibentangkan dalam tempoh terdekat,” katanya pada majlis pelancaran BP 3.0 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Wisma Perwira, di sini hari ini.

BP 3.0 mensasarkan pembinaan 12,733 RKMAT baharu melalui lima fasa, bermula tahun hadapan hingga 2030. Ia turut mempunyai pelan pengurusan risiko dari sudut sumber, tadbir urus dan kumpulan sasar.

Hishammuddin berkata, dengan adanya pelan itu, MINDEF mempunyai perancangan untuk menangani isu sekiranya terdapat kekangan pada masa hadapan dari sudut kewangan, tanah, ketidakpatuhan kontraktor, perubahan dasar dan pelbagai lagi bentuk risiko.

“Perkara ketiga ialah BP 3.0 akan membabitkan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan mewujudkan kuota khas untuk warga pertahanan, termasuk veteran tentera bagi setiap projek pembangunan rumah mampu milik KPKT.

“BP 3.0 ditambah baik dengan perancangan lebih holistik dan menyeluruh,” katanya menambah BP 3.0 dirangka berteraskan tiga aspirasi utama.

Tiga aspirasi berkenaan adalah pembinaan perumahan RKMAT; penyelenggaraan perumahan untuk warga kerja pertahanan dan veteran ATM serta pemilikan rumah untuk warga kerja pertahanan serta veteran.

Katanya, ia meletakkan fokus tertinggi kepada empat program utama RKMAT sendiri, iaitu selenggara dan naik taraf kediaman, pemilikan rumah mampu milik dan inisiatif perumahan veteran ATM.

BHonline-

Tags: LTATMindefprojek Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

MINDEF, ATM Sudah Lama Haramkan ‘Pesta Yeye’

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, hari ini melaungkan amaran tegas budaya hedonisme yang tidak berakhlak serta...

Kerajaan Ada Asas Kukuh Batalkan Sewaan Blackhawk – Khaled Nordin

Kerajaan Ada Asas Kukuh Batalkan Sewaan Blackhawk – Khaled Nordin

21/09/2025
0

PUTATAN: Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan pihaknya mempunyai asas kukuh membatalkan sewaan lima tahun membabitkan empat helikopter Blackhawk UH-60A buatan Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd