• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Insurans Takaful Agromakanan Akan Dilancarkan Masa Terdekat

oleh Mohd Arshad
05/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Skim Insurans Takaful Agromakanan Akan Dilancarkan Masa Terdekat
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Pelaksanaan skim insurans takaful membabitkan bidang agromakanan sedang dalam proses akhir dan dijangka dilancarkan secepat mungkin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata projek rintis yang akan dimulakan dengan subsektor padi dan beras itu akan dimuktamadkan dalam kadar segera mengambil kira jumlah pampasan yang tinggi perlu dibelanjakan kerajaan setiap kali berlaku musibah.

“Kita (kerajaan) belanja lebih RM80 juta setahun untuk tampung kerugian dihadapi petani disebabkan bencana alam, penyakit dan sebagainya.

“Saya mahu (skim insurans pertanian) ini dilancarkan secepat mungkin, ia kini dalam proses akhir. Pihak Agrobank yang menerajui aspirasi untuk mewujudkan insurans pertanian ini sedang buat yang terbaik untuk mempercepatkan pelaksamaan skim berkenaan di negara ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Simposium Kejuruteraan Pertanian 2022 di Palm Garden Hotel, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Azah Hanim Ahmad dan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Datuk Zahimi Hassan.

Ronald berkata, pelaksanaan skim itu mengambil masa untuk dimuktamadkan kerana ia bukan sahaja membabitkan MAFI tetapi pelbagai kementerian dan agensi lain termasuk Kementerian Kewangan (MoF) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Jelasnya, bagi memastikan skim insurans itu memberi manfaat dan melindungi kebajikan golongan petani, kementerian meletakkan syarat ketat selain turut merancang memperluas skim itu kepada sub sektor pertanian yang lain.

Sementara itu, Ronald ketika mengulas fenomena kemarau yang dijangka berlanjutan hingga Oktober ini berkata, pihaknya sudah mengambil pelbagai tindakan proaktif bagi memastikan situasi itu tidak menjejaskan sektor agromakanan dan bekalan makanan negara.

“Kemarau dan banjir adalah cabaran berulang yang dihadapi oleh sektor agromakanan dan tentu sekali pelbagai langkah serta tindakan telah diambil bersama kementerian lain.

“Contohnya, apabila berlaku kemarau menbabitkan empangan untuk pengairan sawah di Perak pada bulan lalu, kita bekerjasama dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) untuk membuat pembenihan awan,” katanya.

Semalam, Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) menjelaskan situasi kemarau yang sedang melanda Asia Tenggara termasuk Malaysia yangdikaitkan dengan permulaan Monsun Barat Daya dan berkemungkinan berlanjutan hingga Oktober 2022.

Pada majlis sama, Ronald turut melancarkan buku kompilasi Inovasi Kejuruteraan Pertanian Tahun 2016-2020.

Naskhah berkenaan mengandungi semua inovasi kejuruteraan pertanian yang telah direka cipta oleh 96 pereka cipta dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian.

Ia mengandungi maklumat projek inovasi, kelebihan produk, spesifikasi dan inovasi yang dihasilkan.

-Berita Harian

Tags: AgromakananSkim Insurans TakafulSkim Insurans Takaful Agromakanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya 4 Komoditi Agromakanan Dimansuh AP

19/05/2022
0

PUTRAJAYA : Hanya empat jenis komoditi agromakanan tertentu tidak lagi dikenakan permit import (AP) atau kelulusan kuota import dan kebenaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd