Sample Page Title

PUTRAJAYA : Hanya empat jenis komoditi agromakanan tertentu tidak lagi dikenakan permit import (AP) atau kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ia melibatkan kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan, bagaimanapun, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuat kuasa.

Menurutnya, keputusan pemansuhan AP ini adalah sebagaimana diputuskan Jemaah Menteri seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam.

“Walaupun AP tidak lagi diperlukan untuk membawa masuk komoditi agromakanan daripada luar negara, pengimport masih perlu mempunyai Import Permit (IP) bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.

“Ini untuk memastikan kawalan biosekuriti dan produk yang diimport adalah bebas daripada penyakit dan perosak serta diperoleh daripada loji yang diiktiraf kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan ke­perluan lesen import (AP) terhadap bahan makanan, berkuat kuasa serta-merta se­bagai langkah drastik menjamin keselamatan dan bekalan makanan di negara ini.


Dengan pemansuhan keperluan permit itu, ia bermakna sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini, berbanding kemestian AP.

Dalam pada itu, MAFI berkata, dengan pemansuhan AP ini, semua syarikat adalah dibenarkan mengimport semua komoditi agromakanan tertakluk kepada IP yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Katanya, ia beserta syarat-syarat yang tertulis dalam permit selaras dengan subseksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan juga akta serta peraturan lain yang berkuat kuasa.

“MAFI akan terus memainkan peranan penting bagi memastikan kelangsungan sektor agromakanan di setiap peringkat rantaian makanan dan supaya rakyat terus mendapat bekalan makanan yang mencukupi, selamat dimakan serta berkhasiat.

“Pada masa sama, kebajikan pengeluar makanan tempatan juga akan terus dipelihara,” katanya.

MAFI berharap dengan keputusan kerajaan ini, bekalan makanan dan sekuriti makanan negara akan terus kekal terjamin bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

-Utusan Online

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...

Dua Individu Rompak Wanita Indonesia Ditahan

Subang Jaya : Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita warga Indonesia yang dipercayai...