• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mengaku Salah Pecah Rumah Dan Lari Daripada Tahanan Polis

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Mengaku Salah Pecah Rumah Dan Lari Daripada Tahanan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Taiping : Lelaki yang melarikan diri daripada tahanan polis, minggu lalu, dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pecah rumah serta mencuri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam prosiding di Mahkamah Majistret pula, tertuduh, Mohamad Ailuddin Akif Alluvi, 30, turut mengaku bersalah atas tuduhan melarikan diri daripada tahanan polis.

Berdasarkan pertuduhan bagi kesalahan melarikan diri, pekerja ladang itu didakwa dengan sengaja melepaskan diri daripada jagaan polis pengiring dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama yang mana pada masa itu tertuduh ditahan secara sah bagi kesalahan jenayah.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Masjid Mohd Ali Raouse, Kampung Ulu Sepetang, di sini, jam 8.05 pagi pada 29 Jun lalu.

Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Prosiding itu berlangsung di hadapan Penolong Kanan Mahkamah Tinggi Taiping, Mohamad Khairul Fathi Mohammad Khir.

Mohamad Khairul Fathi kemudian menetapkan tarikh 3 Ogos depan untuk sebutan semula kes memandangkan ketiadaan majistret dalam prosiding pada hari ini untuk menjatuhkan hukuman kepada bapa tunggal itu.

Terdahulu dalam prosiding bagi kesalahan pecah rumah dan mencuri di Mahkamah Sesyen, pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nizam Zakaria dengan pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Khoo Thean Heng manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ng Wei Juan.

Nizam menetapkan hukuman penjara selama enam tahun kepada tertuduh bermula daripada tarikh tangkapan tertuduh iaitu pada 22 Jun lalu.

Berdasarkan pertuduhan bagi kesalahan itu, lelaki itu didakwa dengan niat melakukan pecah rumah ke atas seorang wanita berumur 24 tahun serta mencuri dua unit telefon bimbit, sebuah komputer riba, wang tunai RM3,000, seutas rantai tangan dan leher serta empat cincin yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM12,000.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Redang Panjang, Ijok, Batu Kurau, antara jam 12 hingga 1 tengah hari pada 21 Jun lalu.

Kesalahan itu dibaca mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Terdahulu, media melaporkan polis menahan semula suspek yang melarikan diri dari kawalan polis ketika ingin dibawa ke Mahkamah Majistret Taiping dalam tempoh kurang 24 jam.

Suspek yang mempunyai rekod lampau dalam kes samun berkawan dan dikehendaki di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan di Ayer Keroh, Melaka ditahan semula di sebuah pondok kayu di Redang Panjang, Selama.

-Harian Metro

Tags: Mengaku Salahpecah rumahpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd