• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Wujudkan Jawatankuasa Pantau Pencemaran Sungai

oleh Mohd Arshad
03/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Wujudkan Jawatankuasa Pantau Pencemaran Sungai
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Kerajaan negeri akan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Penguatkuasaan dan Pemantauan Pencemaran Sungai-Sungai Di Johor dalam usaha memulihkan sungai-sungai yang tercemar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar berkata, jawatan kuasa berkenaan adalah komitmen kerajaan negeri dalam usaha menjadikan Johor sebuah negeri maju yang mengutamakan aspek kebersihan.

Katanya, antara sungai yang paling terjejas akibat pencemaran adalah Sungai Tebrau dan Sungai Skudai.

“Masalah sampah di dalam sungai di negeri ini bukan baharu. Kutipan sampah bagi Sungai Tebrau dan Sungai Skudai yang dibuat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melebihi 500 tan setahun dengan berkenaan kos penyelenggaraan tahunan berjumlah RM650,000.

“Ini tidak termasuk sampah-sarap yang dikeluarkan daripada sungai oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), iaitu hampir 900 tan setahun di Sungai Tebrau,” katanya pada Majlis Program Pembersihan Sungai Tebrau di Kampung Bakar Batu, di sini semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sempena pelancaran program Johor Bersih 100 Hari.

Sementara itu, Onn Hafiz memberitahu, kerajaan negeri akan menggunakan dua buah bot ‘Scavenger’ mengaut sampah kendalian JPS di semua sungai seluruh Johor.

Menurutnya, bot yang boleh memerangkap sehingga tiga tan sampah sarap dalam sekali perjalanan itu akan dimulakan di Sungai Tebrau dan Sungai Skudai yang merupakan antara sungai tercemar di negeri ini.

“Dianggarkan sebanyak 85 tan metrik sampah dikutip di Sungai Tebrau sebulan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) manakala di Sungai Skudai pula dianggarkan terdapat 70 tan sampah dikutip dalam tempoh sama,” katanya.

-Utusan Online

Tags: JAWATANKUASAJohorPencemaran Sungaisungai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

Jangan Jadi ‘Kaki Claim’, Banyak Projek Johor Bermula Sebelum Kerajaan Madani

30/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemuda UMNO mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak jadi 'kaki claim' kerana sebahagian projek berskala besar di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd