COVID-19 | Sebanyak 2,527 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan terkini jangkitan wabak tersebut ke angka terbaru 4,571,355.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Jumlah kes aktif pula meningkat 17.2 peratus berbanding 14 hari lalu, menjadi 30,385 setakat semalam.
Berikut ialah kes-kes baru yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut pecahan negeri:
Selangor: 798
WP Kuala Lumpur: 726
Perak: 201
Sabah: 154
Negeri Sembilan: 137
Pulau Pinang: 127
Johor: 79
WP Putrajaya: 65
Melaka: 58
Kedah: 56
Pahang: 43
Sarawak: 40
Terengganu: 18
Kelantan: 14
Perlis: 9
WP Labuan: 2
Untuk tempoh semalam tiada kematian baru dilaporkan.
Sejak minggu lepas, purata 3.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 3.0, yang menunjukkan peningkatan.
Sebanyak enam mangsa dilaporkan menjadi korban akibat Covid-19 pada bulan ini berbanding terdapat 89 kematian bulan lalu dan 129 kematian pada bulan Mei.
Sejak pandemik melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 35,771 kematian akibat Covid-19 sudah direkodkan.
Sementara itu KKM merekodkan sebanyak 1,617 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di pelbagai hospital di seluruh negara, termasuk 43 sedang mendapat rawatan rapi.
-Malaysia Kini


