• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerman Akan Benarkan Rakyat ‘Hisap’ Ganja

oleh Mohd Arshad
03/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Jerman Akan Benarkan Rakyat ‘Hisap’ Ganja
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN : Jerman merancang untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan rekreasi dalam kalangan rakyat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach berkata, aspek keselamatan dan kesihatan masyarakat akan menjadi keutamaan utama dalam penggubalan undang-undang akan datang.

Jelasnya, perancangan membenarkan penggunaan tersebut mengikut peruntukan undang-undang yang dijadualkan siap hujung tahun ini.

“Undang-undang akan datang adalah langkah yang telah lama ditunggu-tunggu bagi kebanyakan orang.

“Pemerintah akan menerapkan prinsip mengutamakan keselamatan dalam membenarkan penggunaan ganja,” katanya lapor The Guardian.

Sehingga kini, pihak kerajaan yang merupakan gabungan tiga parti utama iaitu Parti Sosial Demokrat, Parti Hijau dan FDP bergabung untuk menghalalkan penggunaan ganja di sisi undang-undang.

Gabungan parti tersebut menyatakan komitmen untuk mengedarkan ganja terkawal bagi kegunaan golongan dewasa.

Jerman berpotensi menjadi pasaran terbesar di dunia untuk ganja yang dijual secara sah.

Proses perundingan terdiri daripada lima sesi pendengaran awam melibatkan pakar kesihatan, ahli ekonomi dan penanam ganja.

Negara ekonomi terbesar Eropah itu bakal mengikut langkah Kanada dan California menghalalkan ganja bagi kegunaan rekreasi, sekali gus mencipta momentum untuk mengubah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyekat penanaman tumbuhan itu.

Perubahan itu juga akan memberi tekanan kepada negara jiran Eropah lain untuk mengikut telunjuk Jerman.

Sebelum ini, Lauterbach lantang menentang kebenaran penggunaan ganja dengan alasan risiko kesihatan.

Beliau mendesak peraturan lebih terperinci mengenai ganja perlu diklasifikasikan.

“Perlindungan terhadap anak di bawah umur dan aspek undang-undang di jalan raya perlu dipertimbangkan secara matang.

“Penggunaan ganja bukan hal kecil bagi anak muda, apatah lagi ia boleh menghancurkan kehidupan seseorang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau megaku mengenai kepentingan mengakses ganja dengan baik bagi kegunaan perubatan tanpa disabitkan dengan kesalahan jenayah.

Ketika ini, hampir empat juta dewasa di Jerman menggunakan ganja mengikut rekod Kementerian Kesihatan.

Pengarah Institut Dusseldorf, Justus Haucap berkata, perkembangan itu pasti akan mempunyai kesan domino.

“Negara-negara Eropah yang mempunyai masalah lebih besar dengan penggunaan ganja seperti Perancis akan memerhati dengan teliti terhadap apa yang dilakukan oleh Jerman buat masa ini,” katanya.

-Utusan Online

Tags: ganjaJerman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

PGA Rampas 10.4 Kg Bunga Ganja Bernilai RM374,000

16/12/2025
0

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Briged Tenggara berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berketurunan Cina dan merampas...

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

04/12/2025
0

Jerman secara rasmi telah mengaktifkan bateri pertama sistem pertahanan peluru berpandu balistik Arrow 3 buatan Israel di Pangkalan Udara Holzdorf,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd