• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bella Kurus, Muka Berparut Dan Ketakutan Selepas Diselamatkan – Saksi

oleh AK-47
30/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bella Kurus, Muka Berparut Dan Ketakutan Selepas Diselamatkan – Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mohamad Imran Mohamed Zanyuin, 35, mendedahkan keadaan remaja sindrom down dikenali Bella kurus, ketakutan selain ada kesan kecederaan di muka serta tangan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Situasi itu didedahkan saksi pendakwaan ke-12 kes pengabaian dan penderaan remaja itu pada sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Mohamad Imran berkata, keadaan itu dilihat ketika kali terakhir beliau bertemu Bella di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 4 Julai 2021.

“Saya melawat Bella di HKL, saya pergi lihat Bella secara fizikal dan saya nampak muka Bella berparut, sedikit kurus berbanding pada peringkat awal penyerahan kepada Siti Bainun Ahd Razali.

“Secara fizikal saya juga nampak Bella rambut potong pendek, muka berparut. Bella juga tidak senyum serta ketakutan, semasa berjalan dia tunduk tidak pandang orang lain dan kedua-dua tangannya berbalut,” katanya.

Mengimbas kembali pertemuannya dengan Bella sebelum itu, saksi memberitahu pernah terserempak Bella dan Siti Bainun pada Februari 2021 di Mahkamah Kuala Lumpur yang mana keadaan Bella ketika itu gembira selain turut memeluk Siti Bainun.

Selepas itu, beliau berkata, pada 24 Jun 2021, Siti Bainun ada menghantar WhatsApp memberitahunya bahawa Bella cedera terkena air panas.

Menurutnya, melihat kesan kecederaan remaja itu melalui gambar yang dihantar oleh Siti Bainun di WhatsApp pada ketika itu, beliau menganggap kecederaan remaja terbabit sangat teruk.

“Selepas melihat gambar kecederaan Bella, saya suruh Siti Bainun membawanya ke hospital namun diberitahu Bella positif Covid-19. Beliau beritahu tidak membawa Bella buat swab (ujian calitan) Covid-19 kerana takut dikatakan membuat keadaan Bella jadi begitu (dera sehingga mengakibatkan kesan lecur di muka dan tangan).

“Saya tetap memintanya membawa Bella ke hospital kerana risau keadaan Bella ketika itu tetapi Siti Bainun beritahu akan membawanya selepas habis tempoh kuarantin pada 29 Jun,” katanya.

Selepas kejadian itu, katanya, beliau tampil membuat laporan polis berhubung kecederaan yang dialami Bella.

Siti Bainun Ahd Razali, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung petang ini.

-Harian Metro 

Tags: BellaKes Bellasaksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

Keluarga Rayu Saksi Tampil Bela Kematian Amirul

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Lebih 50 hari berlalu sejak tragedi meragut nyawa Muhammad Amirul Shafiq Abdullah, 20, namun keluarganya terus menunggu keadilan...

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

Saksi Dedah Zara Qairina Pernah Difitnah, Takut Dengan Pelajar Senior

26/01/2026
0

KOTA KINABALU: Allahyarham Zara Qairina Mahathir dilaporkan pernah berasa takut terhadap pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd