• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masa Depan Australia Terletak Di ASEAN

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Masa Depan Australia Terletak Di ASEAN
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Menteri Luar Australia, Penny Wong secara terbuka mengakui bahawa masa depan negaranya amat bergantung kepada rantau Asia Tenggara dan bukannya dunia Barat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengakuan berkenaan sekali gus membuka lembaran baharu kepada Australia yang selama ini sering dilabelkan sebagai terlalu pro-Amerika Syarikat (AS) selain sekutu tradisi Britain.

“Kami memahami masa depan kami sebenarnya rapat dengan Asia Tenggara dan juga ASEAN,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah di sini sempena lawatan tiga hari ke Malaysia.

Ini merupakan kunjungan hormat sulung wanita kelahiran Kota Kinabalu, Sabah dan berusia 53 tahun itu ke Malaysia selepas dilantik Perdana Menteri, Anthony Albanese pada akhir Mei lalu.

Kelmarin, beliau melawat Vietnam dua hari bertemu pemimpin negara sosialis berkenaan termasuk Presiden Nguyen Xuan Phuc dan Perdana Menteri, Pham Minh Chinh.

Wong yang menjadi tumpuan sidang akhbar dipenuhi sebahagian besar wartawan asing itu menggunakan peluang tersebut bagi menjelaskan polisi luar baharu Australia.

“Kami berkongsi masa depan yang sama dengan pihak ASEAN dan pendekatan hubungan kami melihat ASEAN sebagai pusat kestabilan, kemakmuran dan keamanan sejagat,” katanya.

Beliau turut memberi contoh puluhan ribu pelajar ASEAN menuntut di negara itu sejak sekian lama, malahan ramai rakyat Australia sendiri lahir, membesar atau ada saudara di rantau ini.

Pandangan itu turut disokong Saifuddin yang mengakui Australia merupakan rakan dagang penting dan penyokong ASEAN sejak negara tersebut menjadi rakan dialog pada 1974 lalu.

Bahkan Australia aktif dalam penyelesaian kemelut politik di Myanmar selain penghantaran misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat setelah rampasan kuasa junta pada tahun lepas.

Justeru ujarnya, Malaysia akan meneruskan kerjasama kukuh dalam pelbagai bidang yang boleh diteroka bersama termasuk teknologi digital, keselamatan siber dan pendidikan teknikal.

UtusanOnline-

Tags: ASEANAustraliamasa depan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Hancurkan Masa Depan PN, Bersatu Terbukti Di Pihak Benar – Azmin

PAS Hancurkan Masa Depan PN, Bersatu Terbukti Di Pihak Benar – Azmin

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa tindakan kepimpinan PAS melanggar undang-undang bakal menghancurkan masa...

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd