• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Canberra Dilanda Gelombang Baharu COVID-19

oleh Mohd Arshad
28/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Canberra Dilanda Gelombang Baharu COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA: Pihak berkuasa kesihatan Canberra memberi amaran mengenai gelombang baharu jangkitan COVID-19 di wilayah itu, lapor Xinhua.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Kesihatan Ibu Negara Australia (ACT), Rachel Stephen-Smith, mendedahkan bahawa wilayah itu sedang berdepan ancaman gelombang jangkitan COVID-19.

“Kami menyaksikan peningkatan bilangan kes jangkitan, dan dijangka berpotensi mencetuskan gelombang COVID-19 pada musim sejuk bermula Julai berlanjutan hingga Ogos.

“Kami menyedari perkara itu dan kami terus memantau bilangan kes untuk melihat sama ada trajektori itu akan kekal,” katanya dipetik Canberra Times hari ini.

Kenaikan itu berlaku selepas ACT merekodkan kadar kemasukan baharu ke hospital akibat COVID-19.

Seramai 121 orang yang dijangkiti virus COVID-19 kini menerima rawatan di hospital ACT iaitu angka tertinggi sejak permulaan wabak itu, menurut kemas kini terkini hari ini.

Jangkitan COVID-19 di wad kanser di Hospital Canberra turut menyumbang kepada peningkatan itu.

Pengarah Wad klinikal, Paul Craft, berkata pihak berkuasa masih menyiasat bagaimana COVID-19 merebak di wad berkenaan.

“Agak sukar mengesan sejauh mana penularan virus itu, kami masih mengusahakannya. Ia mungkin mengambil masa yang lama sebelum kita dapat pastikan bagaimana ia merebak,” katanya dipetik Canberra Times hari ini.

Australia merekodkan 8,023,259 jangkitan COVID-19, termasuk 9,704 kematian dan 226,653 kes aktif sehingga semalam, menurut Jabatan Kesihatan Persekutuan.

Sementara itu, 3,133 kes masih dirawat di hospital termasuk 111 ditempatkan di unit rawatan rapi.

Bernama-

Tags: CanberraCovid-19Gelombang Covid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd