• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

oleh Mohd Arshad
27/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh ke dasar laut berjaya ditemui selepas hampir 80 tahun ‘terkubur’, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kapal tersebut adalah Pengiring Pemusnah USS Samuel B. Roberts yang akhirnya ditemui di Laut Filipina oleh sekumpulan anggota penyelidik.

Ia tenggelam ke dasar laut hampir 78 tahun lalu di Lautan Pasifik Barat dan telah membingungkan para penyelidik yang ‘memburu’ serpihan bangkai kapal tersebut selama berdekad-dekad.

Individu yang bertanggungjawab menemui USS Samuel B. Roberts ialah Victor Vescovo pada 22 Jun lalu.

Dia menjumpai kapal tersebut yang telah terputus kepada dua bahagian, pada kedalaman 6,894 meter di dasar laut, iaitu lebih 914 meter lebih tinggi daripada puncak Gunung Kilimanjaro.

Penjelajah tersebut menyelam ke bahagian bawah bersama juruterbang dan pakar sonar, Jeremie Morizet untuk mencuba dan mengesan bangkai kapal dari setiap sudut.

Selepas turun enam kali dalam tempoh lapan hari, pasukan itu mendapati kedua-dua bahagian kapal itu berada pada jarak 10 meter antara satu sama lain.

“Menerusi penemuan ini, kami berpeluang untuk menceritakan semula kisah kepahlawanan anak-anak kapal itu kepada mereka yang mungkin tidak mengetahui tentang kapal dan pengorbanan mereka.

“Kapal kecil ini menentang Tentera Laut Jepun yang terbaik dan melawan mereka hingga ke saat akhir,” kata Vescovo.

Kapal perang yang luar biasa itu dianggap telah ditenggelamkan oleh kapal Jepun semasa Pertempuran Samar pada tahun 1944.

Kosmo-

Tags: Amerika Syarikatditemuikapal perang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd