• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Logo PAS Atau PN, Tunggu Mesyuarat – Sanusi

oleh AK-47
26/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Logo PAS Atau PN, Tunggu Mesyuarat – Sanusi
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Keputusan sama ada Pas akan menggunakan logonya sendiri atau bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bakal dibincangkan dalam mesyuarat PN.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, ketika ini kepemimpinan Pas di negeri tertentu merasakan ada keperluan untuk mereka bertanding menggunakan logo ‘bulan’ yang sudah diguna pakai sejak sekian lama.

Begitupun katanya, di negeri-negeri lain termasuk di Kedah, beliau merasakan kedua-dua logo itu boleh digunakan.

“Semalam saya ada di Kelantan dan pada pandangan Pas negeri itu, mereka merasakan lebih sesuai untuk Pas bertanding menggunakan logo parti di sana.

“Bagaimanapun keputusan mengenai penggunaan logo termasuk di negeri-negeri lain, bergantung kepada perbincangan. Di Kedah ini nak guna logo PN boleh, Pas pun boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama Pembangunan Fasa 2, Taman Perindustrian Sains Dan Teknologi Kedah (KSTP) antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, terdapat ‘rahsia’ dalam penggunaan logo yang perlu difikir dan dibincangkan bagi berdepan PRU15.

“Kalau logo digunakan itu menggambarkan kita dalam satu pakatan, itu akan beri keyakinan lebih besar kepada rakyat serta pengundi mengenai kesepakatan yang dibina.

“Manakala jika kita gunakan logo yang menggambarkan parti ini bersendirian, itu akan beri kesan lain dari segi psikologi kepada pengundi,” katanya.

Ditanya kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung keperluan PRU15 disegerakan jika mahu membina kekuatan dalam kerajaan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara, Muhammad Sanusi berkata, pendirian itu tidak pernah berubah kerana Abdul Hadi turut menyatakan ia perlu mengambil kira keadaan serta persediaan berkaitan.

“Mengenai persediaan mengadakan pilihan raya, itu kena tanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dari segi parti, saya rasa semua parti bersedia lama dah, cuma keadaan tak mengizinkan kerana kita berdepan Covid-19 dan ketika ini masih berusaha pulih daripada kesan pandemik.

“Saya rasa rasa fokus kita kini untuk memulihkan keadaan. Begitu pun di pihak Pas, kita sudah bersedia untuk hadapi pilihan raya dan menang,” katanya.

-Utusan Online

Tags: logoMesyuaratPASPNSanusi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) berkemungkinan besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional...

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd