• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Dua-Dua Boleh Pakai’

oleh Mohd Arshad
26/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
‘Dua-Dua Boleh Pakai’
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : PAS berkemungkinan boleh menggunakan logo tradisi imej bulan atau lambang Perikatan Nasional (PN) mengikut kesesuaian negeri parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata penggunaan logo adalah penting dalam mana-mana pilihan raya kerana ia mempunyai rahsia tersendiri termasuk memberi kesan psikologi kepada pengundi.

Bagaimanapun penggunaan logo bagi PAS pada PRU-15 akan dimuktamadkan pucuk pimpinan parti termasuk dibincangkan di peringkat PN.

“Sebelum ini ada pandangan kita guna logo PN seperti di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan kemudian di Johor, tetapi kali ini perlu ada perbincangan lagi untuk kita putuskan logo akan digunakan.

“Semalam saya ada di Kelantan, dan PAS Kelantan berpandangan lebih sesuai guna logo PAS dan negeri lain mungkin boleh guna logo PN. Logo ada rahsianya kerana ia boleh melambangkan kita dalam pakatan yang memberi kesan keyakinan rakyat.

“Begitu juga jika PAS guna logo gambar sendiri, ia turut memberi kesan psikologi. Pada saya dua-dua boleh digunakan, namun bergantung kepada perbincangan lanjut,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Kerjasama Pembangunan Fasa Dua Taman Perindustrian Sains dan Teknologi Kedah (KSTP) antara Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin memberi bayangan berkemungkinan parti itu menggunakan logo imej bulan berikutan dakwaan pengundi menjadi keliru ketika ia digunakan pada PRN Melaka dan Johor kerana menyangka ia logo Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya menegaskan PAS masih menggunakan logo PN dan cadangan Hashim adalah pandangan peribadi beliau.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Abdul Hadi kelmarin, yang berpendapat PRU-15 perlu disegerakan, Muhammad Sanusi berkata, pilihan raya boleh dipercepat sekiranya semua persediaan melaksanakannya sudah disiapkan semua pihak.

“Untuk buat PRU-15 semua pihak kena sedia. Pilihan raya kali ini akan ada pertambahan pengundi yang banyak, malah ada undi 18 tahun. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu bersedia termasuk menyiapkan semua pusat mengundi.

“Bagi parti pula, saya rasa semua sudah bersedia sebelum ini cuma keadaan tidak mengizinkan apabila kita berhadapan pandemik COVID-19. PAS sendiri sudah bersedia dan kita yakin akan menang,” katanya.

-Berita Harian

Tags: PASPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

Kenyataan Malaysia Aman Tanpa DAP Sangat Berbahaya, “Malaysia Aman Tanpa Ceramah Politik Pas” – Mahfuz

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan kenyataan 'Malaysia aman tanpa DAP' sangat berbahaya....

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

PN Selangor Desak ADUN DAP Mohon Maaf Kepada Sultan Selangor

19/05/2026
0

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) Selangor menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki segera memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd