• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasionalisasi Sektor Awam Antara Usaha Di Bawah RMK11

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Merasionalisasikan sektor awam, mewajarkan saiz perkhidmatan dan memperkenalkan dasar pemisah bagi personel berprestasi rendah merupakan antara usaha yang bakal dilaksana kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Langkah itu bertujuan menjadikan perkhidmatan awam berfokuskan rakyat yang disokong dengan bakat yang lebih berkemahiran, kurang lapisan hirarki dan birokratik, kurang pemusatan kerja serta perkhidmatan yang lebih mudah dicapai, cekap dan berkesan untuk rakyat.

Menurut dokumen RMK11 2016-2020 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini, sektor awam akan memperkenalkan pendekatan kreatif dan inovatif untuk meningkatkan kualiti sistem penyampaian.

Kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah transformasi dengan tumpuan akan beralih ke arah tadbir urus bersama rakyat dengan meningkatkan pemahaman berkaitan keutamaan rakyat dan melibatkan mereka dalam perancangan dan penyampaian perkhidmatan.

Prosedur birokrasi yang menghalang fasilitasi penyampaian perkhidmatan awam yang cekap akan dipermudah, data dimanfaatkan sepenuhnya, pertindanan dikurangkan dan akauntabiliti ditingkatkan.

Laporan itu menyebut kerajaan akan beralih daripada peranan sebagai penyedia perkhidmatan dengan memberi lebih penekanan kepada peranan sebagai fasilitator.

Bagi mencapai matlamat ini, di bawah RMK11 yang merupakan rancangan untuk tempoh lima tahun dari 2016 hingga 2020, lima bidang fokus dikenal pasti untuk mentransformasikan perkhidmatan awam.

Selain itu, pengurusan projek akan ditingkatkan untuk mencapai keputusan yang lebih baik dan cepat serta memanfaatkan pihak berkuasa tempatan bagi menyediakan perkhidmatan berkualiti pada peringkat tempatan.

Di bawah setiap bidang fokus tersebut, laporan RMK11 itu menggariskan secara terperinci strategi yang akan dilaksana seperti untuk mengurangkan kerenah birokasi, menyusun semula institusi sektor awam dan mengurangkan pertindanan peranan.

Model penyampaian dan perkhidmatan baharu ini membolehkan kerajaan melaksanakan pembaharuan dan pengukuhan supaya operasi menjadi lebih kos efektif dan kerajaan lebih bersedia untuk memenuhi permintaan dan ekspektasi rakyat menjelang 2020 dan seterusnya. – BERNAMA

 

 

Tags: Penjawat AwamRMK11
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd