• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabinet Bayangan Pembangkang Bukan Kerjasama Sebenar Mereka

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kabinet bayangan yang diumumkan pakatan pembangkang semalam bukan menggambarkan kerjasama sebenar mereka, malah pembangkang sebenarnya tidak mampu bersatu kerana masing-masing mempunyai perbezaan pendirian yang ketara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata meskipun pakatan pembangkang pernah mencadangkan perkara yang sama pada pilihan raya yang lepas, namun mereka tidak mampu berbuat demikian kerana tidak mencapai kesepakatan.

“Ia menggambarkan seolah-olah mereka (pembangkang) bersatu tetapi mereka tak mampu bersatu, ada terdapat perbezaan yang ketara, luar biasa. Mungkin rakyat akan persoalkan mampukah mereka membentuk kerajaan yang begitu mantap untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

“(Ini) soal rakyat. Kita serah kepada rakyat untuk menilai,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup Pelan Pembangunan Parlimen Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mahu menghidupkan kembali kabinet bayangan pembangkang bagi memperkuatkan sistem periksa dan imbang bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, pengumuman itu mungkin disebabkan Pakatan Rakyat (PR) memikirkan mereka mempunyai prospek untuk menubuhkan kerajaan pada masa depan.

“Apapun bagi kami dalam BN, isunya dalam pembangkang sama ada mereka nak membariskan bakal pemimpin yang akan menjadi kerajaan masa hadapan, mungkin rakyat nak tahu siapa nak jadi PM (Perdana Menteri) atau TPM (Timbalan Perdana Menteri).

“Perkara ini (Kabinet bayangan) bukan perkara luar biasa, banyak negara lain pun ada sistem begitu tetapi di Malaysia belum berlaku dan kita kurang pasti sama ada itu boleh terjadi kerana dalam barisan pembangkang pun kita tahu mereka tidak sepakat.

“Yang saya tahu pergaduhan PAS dengan DAP sampai kemuncak dan sampai cabar mencabar di peringkat tertinggi jadi harapan Wan Azizah jadi harapan sahaja pasal mereka tidak akan setuju siapa nak jadi apa. Apa pun ini isu pembangkang bukan isu kerajaan. Terserah kepada mereka,” kata beliau.

Mengenai kemungkinan pengumuman Kabinet bayangan itu menjadi strategi pembangkang untuk menarik minat rakyat, Muhyiddin berkata terserah kepada rakyat untuk menilai.

“Mereka tidak mampu membariskan (kabinet bayangan) pada masa lalu. Masa pilihan raya lalu pun, hendak bereskan pemimpin pun tapi tidak dibuat secara rasmi. Gambar siapa jadi apa tetapi tidak disahkan oleh mereka. Soal yang sama akan berlaku kerana tiada muafakat dalam pimpinan PR, mereka tidak mencapai persetujuan, maka sampai bila pun tak akan terjadi,” kata beliau. – BERNAMA

https://youtu.be/MLY5DEgr3J4

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd