• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Hamidi Seru NGO Hulur Bantuan Buat Migran Rohingya

oleh Ahmad Albab
20/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa supaya Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak persendirian menghulurkan bantuan untuk mangsa pemerdagangan manusia yang terdiri daripada etnik Rohingya.

Ujar beliau lagi, pihak kerajaan akan menjadi orang tengah untuk menyampaikan sumbangan-sumbangan tersebut melalui agensi-agensi terlibat.

[Malaysia, Indonesia Beri Perlindungan Sementara Untuk Rohingya]

150515082018-03-rohingya-migrants-140515-exlarge-169

Memetik kenyataan media tersebut, “Saya minta semua NGO tanpa mengira agama dan kaum untuk tampil membantu secara sukarela terhadap migran Rohingya ini.

“Walaupun mereka merupakan golongan migran yang cuba masuk secara tidak sah dan melanggar peraturan imigresen tetapi kebajikan mereka tidak wajar diabaikan.

“Mereka ini adalah migran Rohingya yang diseludupkan di atas kerelaan mereka sendiri susulan daripada pembayaran kepada sindiket atau tekong.”

Tambah Zahid, kementeriannya melalui Jabatan Imigresen Malaysia sedia bekerjasama dengan menghantar bantuan yang disalurkan terus buat warga asing yang terdampar di Langkawi semenjak 10 Mei lalu.

Buat mana-mana syarikat mahupun pihak persendirian yang ingin memberi bantuan, bolehlah menghantar ke Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah, Tingkat 1-2, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Bandar Muadzam Shah, 60550, Alor Setar, Kedah.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Isu Rohingya – Malaysia Beri Layanan Baik Kepada Kami

Tags: RohingyasumbanganZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd