• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kapal Korek Karam: 14 Kru Hilang, Seorang Selamat

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebuah kapal korek membawa muatan pasir dari Teluk Ramunia, Pengerang dekat sini karam dipukul ombak awal pagi ini di kedudukan 8.6 batu nautika timur Tanjung Punggai, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daudberkata dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, 14 kru kapal dilaporkan hilang manakala seorang berjaya diselamatkan.

Kapal itu sedang menuju ke perairan Pengerang dekat sini apabila dipukul ombak menyebabkannya terbalik lalu karam, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Berikutan itu, kesemua kru kapal yang terdiri daripada 14 warga China dan seorang warga tempatan terjatuh ke dalam laut.

“Namun seorang daripadanya telah berjaya diselamatkan oleh kapal yang kebetulan melalui kawasan itu, manakala 14 lagi kru masih hilang,” katanya.

Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat kesemua mangsa hilang oleh Pasukan Gerakan Marin sedang giat dilakukan membabitkan sebuah kapal, tiga bot APMM Daerah Tanjung Sedili dan pesawat udara APMM. – BERNAMA

Tags: Kapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

Prestasi Perolehan Tersasar, TLDM Beroperasi Dengan 26 Kapal Melepasi Usia Guna – Laporan Audit

04/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mendapati prestasi perolehan dan penerimaan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd