• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awal Nafi Merajuk Tidak Dipilih Jadi Pengacara AF 2014

oleh Ahmad Albab
23/09/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengacara Awal Ashaari menafikan dia merajuk dan terasa hati apabila stesen televisyen Astro tidak memilihnya sebagai pengacara program realiti popular Akademi Fantasia 2014 (AF 2014).

Awal, 33, berkata, dia sendiri tidak mengharap untuk mengendalikan rancangan tersebut berikutan baharu sahaja selesai mengacarakan rancangan The Band terbitan stesen televisyen itu.

“Saya tidak ‘sentap’ atau merajuk langsung bila tidak dipilih sebagai pengacara AF 2014 kerana saya baru sahaja terlibat dengan The Band.

“Mereka ada hubungi saya dan bertanyakan soal bayaran dan kekosongan jadual, namun saya tahu tidak mungkinlah dua program berturut-turut mereka mahukan saya,” katanya ketika ditemui pada majlis Pelancaran Koleksi Baharu Musim Luruh 2014 Jenama Ecco, di Restoran The Bee, Publika Dutamas, di sini, Isnin.

Turut hadir pada pelancaran tersebut ialah isterinya aktres Scha Al-Yahya.

Awal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip ruangan pojok di sebuah akhbar kononnya dia merajuk sehingga membawa diri ke Perth, Australia minggu lalu akibat tidak terpilih menjadi pengacara rancangan AF 2014.

Sebaliknya, rancangan tersebut menampilkan pengacara berpengalaman iaitu Faizal Ismail bagi menemani Zizan Razak.

Dalam pada itu, Awal berkata, dia menganggap rakan seperjuangannya itu layak dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkenaan.

“Bila saya tengok Faizal Ismail diumumkan sebagai pengacara saya anggap itu sebagai rezeki untuk dia dan peluang dia untuk memulakan kerjaya dengan stesen televisyen itu.

“Kita pun tahu Faizal dulu terkenal dengan stesen TV3 tetapi apabila diterima ke stesen berbayar ini, ia satu perkembangan yang baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang isu bayaran tertunggak oleh sebuah produksi ketika mengacarakan rancangan realiti The Band, Awal berkata pihak tersebut telah menghubunginya.

Katanya, pihak produksi itu sudah merancang untuk bertemu dan menyelesaikannya secara baik.

“Alhamdulillah, mereka sudah hubungi saya dan menyelesaikan perkara tersebut dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, bercakap tentang majlis tersebut, Awal berkata, dia dan isterinya hadir ke pelancaran tersebut sebagai tetamu istimewa.

Katanya, pihak jenama Ecco memberi mereka beberapa produk seperti kasut dan beg tangan untuk membuat penilaian terhadap barangan berkenaan.

“Kami hanya jemputan istimewa untuk majlis ini. Pihak Ecco memberi beberapa barangan untuk kami buat penilaian,” ujarnya. – mStar Online

Tags: ArtisAwal Ashaari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Awal Ashaari Mengaku Tidak Salah Rosakkan Palang Pagar

17/05/2022
0

PETALING JAYA : Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd