• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kumpulan Curi Motosikal ‘Geng Piloy’ Tumpas

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Polis melumpuhkan satu kumpulan curi motosikal dikenali sebagai ‘Geng Piloy’ yang didalangi seorang lelaki berusia 24 tahun, hasil penahanan lima suspek termasuk individu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata dalang yang dikenali dengan nama samaran ‘Piloy’ itu ditahan bersama tiga lelaki yang berusia antara 19 hingga 25 tahun dalam satu serbuan di sebuah pondok tinggal di Kuala Kedah, dekat sini pada pukul 2.30 pagi, 10 Mei lepas.

Keempat-empat suspek itu katanya ditahan di dalam pondok yang sama manakala seorang lagi suspek yang berumur 36 tahun ditahan di sekitar kawasan Kuala Kedah dan kesemua suspek berada di bawah pengaruh dadah jenis syabu ketika diberkas, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Hasil serbuan menurutnya, polis merampas sebuah komputer riba, dua rangka dan enjin motosikal jenis Yamaha RXZ dan Honda EX5, serta sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang kesemuanya dilaporkan hilang di Alor Setar, Kuala Kedah dan Alor Janggus.

Menurut beliau, dalang kumpulan itu baharu sahaja dibebaskan dari penjara enam bulan lepas serta mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan pecah rumah, manakala seorang lagi suspek mempunyai enam rekod lampau.

Beliau berkata kesemua suspek kumpulan berkenaan yang mula bergerak aktif sejak Februari tahun ini, ditahan reman dari tarikh tangkapan (10 Mei) hingga esok.

Dalam kes berasingan, polis katanya telah menahan lima lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 30-an yang terlibat dalam kejadian samun di sebuah pusat hiburan di sebuah hotel di Alor Setar, 13 Mei lepas.

“Kesemua suspek telah menyamun di sebuah pusat hiburan di Alor Setar pada pukul 2.30 petang dan hasil maklumat kita telah berjaya menahan suspek di sebuah hotel pada pukul 3 petang dan kita percaya mereka ini bukan kali pertama mereka menyamun.

“Kita telah merampas sebuah kereta jenis Proton Satria Neo bewarna kuning, dua bilah parang dan sebilah golok yang dipercayai digunakan semasa menjalankan kegiatan samun. Kesemua suspek itu ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 395/397 samun berkumpulan dan bersenjata,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kes Curi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd