• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaburan KWAP Dalam 1MDB Berjumlah RM1.4 Billion

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) mempunyai sejumlah RM1.4 bilion pelaburan dalam syarikat pelaburan strategik kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), setakat 31 Mac lepas.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan berkata pelaburan itu dibuat melalui empat anak syarikatnya iaitu Bandar Malaysia Sdn Bhd, IMDB Energy Limited, IMDB Global Investment Limited dan Jimah Energy Ventures Bhd (JEV).

Najib berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Mohd Rafizi Ramli (PKR-Pandan) yang meminta penjelasan berhubung pelaburan dan pegangan (ekuiti, bon pinjaman dan lain-lain) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP dalam 1MDB dan anak-anak syarikatnya (termasuk bekas anak syarikat iaitu SRC International Sdn. Bhd setakat 31 Mac 2015.

Dalam jawapan berkenaan, Najib juga menyatakan KWSP telah melanggan bon terbitan 1MDB berjumlah RM200 juta pada tahun 2009 dan ia dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.

“Selain itu, KWSP turut mempunyai pendedahan pelaburan terhadap anak-anak syarikat 1MDB iaitu Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd yang berjumlah RM1.52 bilion.

“Penglibatan pelaburan KWSP dalam anak-anak syarikat tersebut berlaku pada tahun 2003 (PPSB) dan 2005 (JEV) iaitu sebelum pengambilalihan oleh 1MDB ke atas PPSB dan JEV, masing-masing pada tahun 2012 dan 2014,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDBNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

PMX Kata Tak Mahu Serang Sesiapa, Seminit Kemudian Sebut ‘Sakau’ Tabung Haji

31/07/2026
0

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada lembut ketika berkempen malam ini mendakwa beliau datang ke Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd