• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Arah ADUN Sokong Azmin, Anggap Exo PAS Pengkhianat

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu Selangor supaya menyokong Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung malam tadi.

“DAP memutuskan untuk menyokong kenyataan yang dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan Menteri Besar Selangor berikutan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah untuk melantik Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

“Memandangkan Wan Azizah memiliki sokongan majoriti ADUN sebanyak 30 daripada 56 ADUN, keputusan beliau untuk menyokong Mohamed Azmin adalah juga konsisten dengan pendirian DAP yang tegas dan berprinsip bahawa Mohamed Azmin seharusnya memiliki sokongan majoriti ADUN Selangor,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.

Guan Eng bagaimanapun memaklumkan CEC DAP berasa kesal dengan pengkhianatan empat Exco Selangor daripada PAS terhadap prinsip solidariti dan demokrasi serta kegagalan untuk setia bersama enam Exco DAP dan PKR yang dipecat secara tidak adil oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“DAP berharap penyelesaian krisis politik Selangor dan pelantikan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baru akan dapat menepati janji bagi membina Selangor yang lebih baik, yang mampu memberikan keadilan, kebebasan dan kemakmuran ekonomi kepada semua,” katanya. – mynewshub.cc

 

 

Tags: Azmin AliDAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

DAP Saman Kerajaan Melaka Isu Tujuh ADUN Lantikan

12/10/2026
0

MELAKA - DAP mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Melaka bagi mencabar kesahihan pindaan perlembagaan negeri yang membolehkan pelantikan sehingga tujuh...

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd