• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KWSP: 94.4% Responden Mahu Usia Pengeluaran Kekal 55 Tahun

oleh Ahmad Albab
20/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan hasil kaji selidik yang dilakukan ke atas seramai 96,448 responden yang terdiri daripada pencarum KWSP.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, hasil kaji selidik ke atas beberapa isu melibatkan KWSP termasuk berkenaan had usia pengeluaran KWSP itu telah dibentangkan kepada Lembaga KWSP.

Menurutnya, bagi inisiatif pertama iaitu meningkatkan simpanan persaraan ahli, sebanyak 94.4 peratus atau 91,047 daripada 96,448 pencarum KWSP memilih Pilihan 2 iaitu Pengeluaran Penuh Umur 55 Tahun dikekalkan dan caruman baharu di antara umur 55-60 tahun hanya boleh dikeluarkan pada umur 60 tahun.

“Bagi inisiatif kedua, penyelarasan amaun caruman minimum dengan Gaji Minimum, 74.6 peratus (71,950) ahli KWSP bersetuju dengan cadangan tersebut. Inisiatif ini akan mewajibkan kedua-dua majikan dan pekerja untuk memastikan caruman KWSP mereka berdasarkan gaji minimum yang ditetapkan di bawah undang-undang.

“Ahli bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia tepat pada masanya dalam menangani simpanan pekerja yang tidak mencukupi apabila mereka dibayar caruman lebih rendah daripada yang sepatutnya berdasarkan gaji minimum ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shahril berkata, bagi iisiatif ketiga iaitu melanjutkan bayaran dividen dari umur 75 sehingga 100 tahun, sebanyak 61.3 peratus ahli mahu menyimpan simpanan mereka bersama KWSP selepas bersara dan terus menerima dividen sehingga berumur 100 tahun.

Manakala, bagi inisiatif keempat, 71.0 peratus bersetuju dengan cadangan KWSP membenarkan ahli bertukar kepada simpanan persaraan patuh syariah daripada skim simpanan persaraan sedia ada berdasarkan garis panduan pelaburan beretika.

“Terdapat permintaan dalam kalangan ahli KWSP untuk simpanan persaraan patuh syariah. Berdasarkan maklum balas daripada rundingan ini, KWSP yakin skim simpanan persaraan patuh syariah akan mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli beragama Islam dan bukan Islam,” katanya.

Beliau turut menerangkan, sebanyak 65.7 peratus responden terbabit adalah pencarum berumur 40 tahun ke bawah, 24.9 peratus berusia 41 hingga 50 tahun, 9.2 peratus berumur antara 51 hingga 60 tahun dan 0.2 peratus berumur 60 ke atas.

Kata beliau, faktor umur tersebut menunjukkan pencarum berumur di bawah 40 tahun semakin berminat dalam merancang masa depan persaraan mereka.

Katanya, bagi kategori sektor pekerjaan, sebanyak 83.1 peratus responden adalah daripada sektor swasta, 12.1 peratus daripada sektor awam dan badan berkanun dan 4.8 peratus bekerja sendiri.

Sementara itu, katanya, sebanyak 57.6 peratus responden terbabit adalah lelaki dan 42.4 peratus wanita yang mewakili komposisi tenaga kerja semasa rakyat Malaysia.

“Maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak berkepentingan ini amat bernilai kepada KWSP bagi membantu perbincangan bersama kerajaan dan untuk mencari cara terbaik melaksanakan inisiatif yang dicadangkan,” kata Shahril.

Hasil Kaji Selidik Rundingan Ahli Inisiatif Penambahbaikan KWSP itu boleh juga di dapati di laman web myEPF www.kwsp.gov.my.

- MYNEWSHUB.CC

Tags: KWSPpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd