• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Kutip Hasil RM15 Bilion Sejak Januari

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM15.140 bilion dari seluruh negara sejak Januari lepas sehingga semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, jumlah itu adalah 33.31 peratus daripada keseluruhan sasaran hasil sebanyak RM45.441 bilion.

“Di peringkat negeri Pahang pula, sebanyak RM293.609 juta berjaya dikutip sehingga kini yang mewakili peratus pencapaian sebanyak 24.66 peratus.

“Semoga pihak Kastam dapat mengekalkan prestasi pungutan hasil yang konsisten bagi tempoh lapan bulan lagi tahun ini supaya sasaran kita dapat dicapai,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pejabat Kastam Cameron Highlands di sini, hari ini.

Selain itu, Khazali berkata setakat ini, sejumlah 377,157 syarikat telah berdaftar untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), termasuk 13,159 di Pahang.

Beliau turut mengulas laporan berhubung lebih 3,000 pegawai Kastam melakukan penyamaran bagi mengambil tindakan terhadap peniaga yang mengingkari peraturan GST, pada 1 Mei lepas.

“Kita ada menerima laporan daripada pegawai-pegawai di seluruh negara. Kebanyakan (kesalahan) membabitkan masalah tidak faham sahaja. Ada (peniaga) yang kata mereka tidak tahu barang itu dikenakan cukai atau tidak.

“Tetapi kita sudah pun memberi panduan barang bercukai dan tidak bercukai. Oleh itu, situasi sebegini memerlukan kita memberi kefahaman kepada setiap orang agar masyarakat tidak dianiaya,” katanya.

Khazali turut meminta kerjasama orang ramai melaporkan kepada JKDM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengenai salah laku peniaga mengenakan harga yang tidak berpatutan.

Sementara itu, Pengarah Kastam Pahang, Datuk Sarip Ismail berkata, Pejabat Kastam Cameron Highlands itu bertujuan memberi kemudahan untuk sektor perhotelan, termasuk sebagai pusat sehenti bagi pelesen-pelesen di situ.

“Pejabat dilengkapi ciri-ciri keselamatan serba canggih itu dapat menampung keperluan perlesenan dan penguatkuasaan (perkastaman) di kawasan itu. Ia turut memberi khidmat nasihat kepada pelanggan sekitar dengan lebih efisien,” katanya.

Pejabat itu diuruskan lima kakitangan iaitu seorang pegawai kanan iaitu Penguasa Kastam Gred W41, dua pegawai kanan Gred W22 dan dua pegawai Gred W17. – BERNAMA

 

Tags: CukaiKastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

Kastam Rampas 545.35kg Ganja Bernilai RM1.69 Juta

20/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas ganja bernilai RM1.69 juta yang ditinggalkan di pesisir pantai Kuala Perlis, Perlis,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd